Kita
amat bersetuju dengan hasrat kerajaan mewujudkan Perbadanan Perumahan
Negara (NHC) bagi menyelaras isu berkaitan rumah mampu milik. Ia
membuktikan kerajaan tidak pernah memandang ringan isu berkenaan yang
diketahui amat dekat di hati rakyat.
Jika dilihat ketika ini,
banyak sekali agensi atau syarikat terbabit dalam pembangunan rumah
mampu milik. Banyak rumah yang dibina setiap tahun, namun banyak juga
tidak terjual. Puncanya pelbagai, antaranya lokasi yang tidak sesuai,
ketiadaan akses pengangkutan awam serta banyak yang tidak sesuai dengan
kedudukan kewangan kelompok sasar.
Di sini peranan agensi seperti
NHC diperlukan. Mungkin selepas ini perlu setiap projek berkaitan rumah
mampu milik dirujuk terlebih dahulu kepada NHC. Tujuannya agar
penilaian dapat dilakukan, sebelum projek diberikan kelulusan.
Namun, kewujudan NHC bukan bermaksud untuk mengongkong pemaju,
sebaliknya bagi memastikan pembinaan memenuhi keperluan kelompok sasar
khususnya golongan B40. Paling penting, ia untuk mengelak ada pemaju
yang hanya membina projek perumahan mampu milik secara sambil lewa,
sekadar memenuhi syarat ditetapkan.
Pastikan keselamatan rakyat terjamin
Serangan
roket balas dendam Iran terhadap markas tentera Amerika Syarikat (AS)
di Iraq, mengheret Asia Barat lebih hampir ke kancah perang. Ia hanya
menunggu masa untuk AS menyerang balas, sekali gus mungkin mencetuskan
perang lebih besar di rantau itu.
Apa yang kita khuatir nasib
rakyat Malaysia yang kini berada di negara seperti Arab Saudi, Emiriah
Arab Bersatu (UAE), Qatar, Mesir dan Jordan. Penting untuk mereka
meningkatkan kesiapsiagaan dan berhati-hati menghadapi sebarang
kemungkinan. Bagi rakyat kita yang berhasrat berkunjung ke negara
terbabit dalam tempoh terdekat, seeloknya tangguhkan seketika seperti
nasihat perjalanan dikeluarkan Kementerian Luar.
Untuk yang ada
ahli keluarga di Asia Barat ketika ini pula, usah cepat panik. Kita
percaya Kerajaan Malaysia tidak akan membiarkan rakyat kita di sana
bersendirian jika keadaan bertambah buruk. Kita sudah lihat bagaimana
tindakan kerajaan ketika Perang Teluk, Perang Iraq dan Revolusi Arab
sebelum ini.
Cuma satu harapan kita agar kerajaan tidak menunggu
sehingga keadaan benar-benar kritikal dan terdesak untuk bertindak. Yang
penting keselamatan rakyat kita di Asia Barat perlu dipastikan terjamin
NHC bukan mengongkong
Reviewed by editorreformis
on
Januari 12, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh Abu Firdaus Ahmad Lutfi Othman adalah Ketua Pengarang Harakah pada tahun 2015 ketika Parti Islam Se-Malaysia (Pas) dilanda perpe...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.