https://critoxium.com/shop/

Terkini

Adakah Dr Mahathir sedang bina semula kerajaan PH ?

DALAM minggu penuh pergolakan dan perubahan mendadak landskap politik negara, Dr Mahathir hari ini kembali memegang jawatan dalam Bersatu, yang boleh menjadi petanda beliau mula membina sokongan untuk menubuhkan kerajaannya sendiri.

Perdana menteri sementara itu meninggalkan Istana Negara selepas sejam menghadap Yang Di Pertuan Agong, awal hari ini. Beliau hanya melambaikan tangan dan tidak bercakap dengan kumpulan wartawan yang menunggu di luar kawasan istana.

Tidak lama kemudian, Bersatu mengumumkan yang Dr Mahathir kembali memegang jawatan kanan parti dan meminta semua pihak menunggu pengumuman lanjut.

Sementara itu, Presiden PKR Anwar Ibrahim dan pemimpin parti itu kini berada di sebuah hotel di Petaling Jaya dan dijangka akan menghadap Yang Di Pertuan Agong tidak lama lagi.

Sumber memberitahu  yang wujud pilihan Dr Mahathir akan kembali membawa masuk Bersatu ke dalam Pakatan Harapan, tetapi pilihan ini sangat sukar terlaksana.

Pastinya PKR, DAP dan Amanah yang kini membentuk PH sukar menerima Bersatu kembali. Apatah lagi, mereka sudah secara terbuka menyatakan sokongan kepada Anwar untuk menjadi perdana menteri.

Disebabkan perkembangan ini, adakah Dr Mahathir kini terbuka kepada pilihan membentuk kerajaan campuran atau beliau akan terus berpegang kepada ucapannya semalam, “jika diberi pilihan, beliau mahu membentuk kerajaan tanpa parti politik”?

“Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan,” katanya dalam perutusan khas disiarkan ke seluruh negara selepas kemelut pentadbiran Putrajaya bermula Isnin lalu.

Dr Mahathir berundur sebagai pengerusi Bersatu sejam selepas meletak jawatan perdana menteri Malaysia.

Susulan itu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan partinya keluar daripada pakatan pemerintah, menyebabkan kejatuhan PH di Putrajaya.

“Kembalinya beliau sebagai pengerusi Bersatu sekarang, Dr Mahathir berada dalam kedudukan lebih baik untuk meraih sokongan parti lain, termasuk daripada Pakatan Harapan,” kata sumber

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.