Anwar seru semua kerajaan negara Islam bantu Palestin tuntut keadilan
PETALING JAYA: Pengerusi Kaukus dan Tadbir Urus
Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua kerajaan negara Islam
agar terus membela nasib umat Islam yang ditindas di Palestin.
Jelasnya, keadilan terhadap saudara sesama Islam itu perlu diterjemahkan dengan komitmen, dan bukan dengan tindakan retorik semata-mata.
"Jika saya diberi ruang untuk
berkata, saya ingin menyeru kepada semua kerajaan negara Islam, kita
sebagai negara Islam mempunyai kuasa dan rakyat kita (umat Islam) sedang
berdepan dengan ketidakadilan. Itu rakyat kita," katanya ketika memberi
ucaptama dalam Majlis Makan Malam Perpisahan sempena Persidangan Liga
Parlimen Al-Quds Kali Ketiga di sini pada Ahad.
Katanya, lebih ramai pemimpin yang berani bersuara untuk menuntut keadilan terhadap rakyat Palestin diperlukan bagi usaha itu.
Dalam pada itu, Anwar turut menyifatkan pelan damai yang dibawa oleh
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebagai buah fikiran pemimpin
itu sendiri.
Justeru, ujarnya masyarakat Malaysia dengan pelbagai lapisan agama menyokong perjuangan Palestin untuk menuntut hak mereka yang dirompak Israel hampir tujuh dekad itu.
"Pelan damai yang dikatakan itu bukan dari Amerika Syarikat sendiri, tetapi ia adalah buah fikiran Trump sendiri.
"Segenap lapisan masyarakat pelbagai agama menyokong perjuangan Palestin untuk menuntut hak dan kedaulatan mereka semula," kata Anwar
Turut hadir dalam majlis itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang juga Penasihat Jawatankuasa Penganjur Persidangan Al-Quds, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Jelasnya, keadilan terhadap saudara sesama Islam itu perlu diterjemahkan dengan komitmen, dan bukan dengan tindakan retorik semata-mata.
Katanya, lebih ramai pemimpin yang berani bersuara untuk menuntut keadilan terhadap rakyat Palestin diperlukan bagi usaha itu.
Justeru, ujarnya masyarakat Malaysia dengan pelbagai lapisan agama menyokong perjuangan Palestin untuk menuntut hak mereka yang dirompak Israel hampir tujuh dekad itu.
"Pelan damai yang dikatakan itu bukan dari Amerika Syarikat sendiri, tetapi ia adalah buah fikiran Trump sendiri.
"Segenap lapisan masyarakat pelbagai agama menyokong perjuangan Palestin untuk menuntut hak dan kedaulatan mereka semula," kata Anwar
Turut hadir dalam majlis itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang juga Penasihat Jawatankuasa Penganjur Persidangan Al-Quds, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.