Awas penyebar berita palsu, anda diburu!
PUTRAJAYA, — Kerajaan akan bertindak tegas ke atas penyebar
berita palsu yang boleh mengganggu gugat keamanan negara dan keharmonian
kaum dengan mendakwa mereka ke mahkamah, kata Timbalan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin.
Beliau berkata kerajaan selama ini ‘berdiam diri’ kerana
merasakan masyarakat tidak akan menyebarkan berita palsu lagi namun
masih ada individu yang menyebarkan berita palsu termasuk mengenai
Covid-19 serta fitnah sehingga mengganggu gugat keamanan negara.
“Itu adalah titik permulaan mengapa kerajaan bertegas untuk memburu individu ini daripada terus menyebarkan fitnah terhadap kerajaan,” katanya dalam sidang media bersama Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Eddin Syazlee Shith berhubung isu penyebaran berita palsu dan fitnah di sini hari ini.
Mohamed
Hanipa berkata walaupun Akta Antiberita Tidak Benar 2018 telah
dihapuskan, namun beliau percaya undang-undang sedia ada cukup untuk
membendung gejala berita palsu.
Menegaskan
kerajaan tidak akan mengkaji semula pemansuhan akta berkenaan kerana
undang-undang sedia ada seperti Seksyen 233 Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan akan dapat membendung
gejala berita palsu, katanya.
“Kami komited melakukan perubahan dengan menghapus akta berita palsu (Akta Antiberita Tidak Benar) demi mewujudkan negara yang demokrasi tetapi kita amat sedih apabila ada pihak cuba menyalahgunakan kebebasan yang diberi,” katanya.
Dalam pada itu, Eddin Syazlee berkata sejak Januari lepas sehingga hari ini, sebanyak 62 kes membabitkan berita palsu telah disiasat.
Daripada jumlah itu, lapan kes telah didakwa melibatkan sembilan pertuduhan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan, katanya.
Sehingga hari ni, katanya lebih 2,000 artikel dikeluarkan melalui portal Sebenarnya.my bagi menangkis berita-berita palsu.
“Orang ramai dinasihatkan untuk menyemak dahulu sebarang maklumat yang diperoleh,” katanya. – Bernama
“Itu adalah titik permulaan mengapa kerajaan bertegas untuk memburu individu ini daripada terus menyebarkan fitnah terhadap kerajaan,” katanya dalam sidang media bersama Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Eddin Syazlee Shith berhubung isu penyebaran berita palsu dan fitnah di sini hari ini.
“Kami komited melakukan perubahan dengan menghapus akta berita palsu (Akta Antiberita Tidak Benar) demi mewujudkan negara yang demokrasi tetapi kita amat sedih apabila ada pihak cuba menyalahgunakan kebebasan yang diberi,” katanya.
Dalam pada itu, Eddin Syazlee berkata sejak Januari lepas sehingga hari ini, sebanyak 62 kes membabitkan berita palsu telah disiasat.
Daripada jumlah itu, lapan kes telah didakwa melibatkan sembilan pertuduhan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan, katanya.
Sehingga hari ni, katanya lebih 2,000 artikel dikeluarkan melalui portal Sebenarnya.my bagi menangkis berita-berita palsu.
“Orang ramai dinasihatkan untuk menyemak dahulu sebarang maklumat yang diperoleh,” katanya. – Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.