MOHAMED Azmin Ali yang dipecat dari PKR dan bekas ahli Parlimen Umno,
Hamzah Zainuddin mengambil kesempatan atas kebimbangan Bersatu sehingga
mengheret parti itu keluar dari Pakatan Harapan (PH), kata sumber
parti.
Hamzah menyertai Bersatu pada awal tahun lalu, hampir tiga bulan selepas keluar Umno.
“Mereka mengambil kesempatan atas kebimbangan sesetengah pemimpin
majlis pimpinan tertinggi Bersatu dan menjanjikan mereka jawatan
kerajaan sekiranya bersama membentuk kerajaan dengan Umno dan PAS,” kata
seorang sumber Bersatu.
“Kata mereka, kerajaan Bersatu-Umno-PAS akan mengembalikan ketuanan
Melayu, dan ini satu cara untuk menyingkirkan DAP daripada kerajaan.
“Selain itu, mereka kata ini caranya untuk menyekat Presiden PKR Anwar Ibrahim daripada jadi perdana menteri.”
Sumber parti memberitahun , ada pihak dalam
Bersatu yang tidak suka dengan DAP kerana parti itu “keterlaluan”. Sikap
mereka yang tidak cenderung dengan Anwar sudah lama sejak ketika dalam
Umno lagi, katanya.
“Sebenarnya tidak masuk akal untuk bencikan DAP kerana parti itu
walaupun boleh jadi menjengkelkan, parti itu juga ada menteri yang buat
kerja lebih baik dalam Kabinet.
“Namun janji jawatan dengan DAP tersingkir memberikan mereka cukup
sebab untuk menyokong idea gabungan Bersatu, Umno dan PAS,” kata sumber.
Seorang lagi sumber berkata, Azmin bergelut kuasa dengan Anwar
selepas pemilihan parti pada 2018 dan langkah itu adalah jalan untuk
memastikan survival politiknya.
Bagi mencapai matlamat itu, beliau menjanjikan “bulan dan bintang”
kepada Bersatu untuk keluar PH supaya kerajaan tumbang dan gabungan
baharu itu muncul, tambahnya.
“Beliau malah mencadangkan agar Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin boleh jadi perdana menteri, dan bukannya Anwar.”
Namun pelan mereka tersangkut pada Ahad apabila Pengerusi Bersatu Dr
Mahathir Mohamad enggan hadir majlis makan malam di Hotel Sheraton di
Petaling Jaya, kata sumber.
Lebih memburukkan keadaan, keesokan harinya Dr Mahathir letak jawatan
perdana menteri, dan kemudian melepaskan pula jawatan pengerusi
Bersatu.
“Mereka ke rumahnya untuk meyakinkan beliau tetapi Dr Mahathir kata
beliau tidak mahu bekerjasama dengan sesetengah pemimpin Umno yang
sedang dibicarakan di mahkamah kerana rasuah,” katanya.
Sumber juga berkata, pelan mereka itu juga bermasalah.
Sumber menjelaskan Bersatu yang mempunyai 26 kerusi di Dewan Rakyat
bersama Barisan Nasional (42) dan PAS (18) hanya ada 86 ahli Parlimen.
Dengan sokongan yang ada pada Azmin, mereka masih tidak cukup kerusi
dan memerlukan Gabungan Parti Sarawak (18) dan Parti Warisan Sabah (9),
katanya.
“Tetapi GPS tidak mahu bekerjasama dengan DAP atau PAS, sementara
Warisan tidak mahu bersama PAS. Jadi macam mana mereka hendak bentuk
kerajaan baharu?”
Hamzah memainkan peranan dalam Bersatu bermula dengan Kongres Maruah Melayu pada Oktober 2019.
Selepas menyertai Bersatu pada Februari 2019, Hamzah mengusulkan platform Bersatu, Umno, dan PAS untuk menyatukan Melayu.
Atas nama penyatuan Melayu, ahli Parlimen Larut itu menghimpunkan
pemimpin dari tiga parti besar orang Melayu untuk sepentas buat kali
pertama sejak pilihan raya umum yang lalu.
Namun susulan kongres itu, sokongan terhadap Dr Mahathir merosot 20
mata dalam kalangan pengundi bukan Melayu, yang kemuncaknya ternampak
apabila PH kalah besar dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai.
Selepas runtuhnya kerajaan PH apabila Dr Mahathir letak jawatan kelmarin, Azmin dan pengikutnya dituduh sebagai pengkhianat kepada parti dan rakyat Malaysia.
Mereka bagaimanapun menjelaskan hanya mahu menyelamatkan negara dan akan terus menyokong Dr Mahathir sebagai perdana menteri.
Seramai 11 ahli Parlimen PKR yang diketuai Azmin berkata langkah
mereka pada hujung minggu lalu untuk mendapatkan sokongan Dr Mahathir
bertujuan memastikan kestabilan negara.
Mereka tidak mahu Dr Mahathir dipaksa menetapkan tarikh peletakan
jawatannya, kerana menukar perdana menteri pada separuh penggal akan
memberi isyarat yang salah kepada rakyat dan pelabur.
“Kami yakin percubaan memaksa perdana menteri menentukan tarikh
peralihan kuasa sebagai usaha jahat untuk menjadikan beliau sebagai
perdana menteri tanpa kuasa,” kata mereka dalam satu kenyataan kelmarin
Azmin, Hamzah punca Pakatan berpecah, dakwa sumber parti
Reviewed by editorreformis
on
Februari 26, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
KETUA Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang mengekalkan kedudukan masing-masing sebagai Setiausaha Agung dan Ketua Parlimen...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.