Daim tolak idea penubuhan 'Pakatan Nasional'
Bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin, menyuarakan
penolakannya terhadap gesaan agar Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad,
membuat pakatan baru dengan PAS dan Umno mewujudkan 'Pakatan Nasional'.
.
Bercakap kepada Sin Chew Daily, Daim berkata, rakyat mahukan kebajikan mereka dibela dan kerajaan pula menjadi stabil serta kukuh.
Ketika ini, kata bekas ahli parlimen Merbok itu, beliau percaya keyakinan rakyat kepada kerajaan adalah rendah kerana ia kelihatan tidak bersatu padu.
'Pakatan
Nasional' bukanlah nama bagi sebuah gabungan yang rasmi, sebaliknya
dilabel begitu bagi menggambarkan kerjasama sebahagian parti PH (Pakatan
Harapan) dengan BN (Barisan Nasional).
Ia berlaku ketika isu peralihan kuasa perdana menteri daripada Mahathir kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim, semakin banyak diperkatakan.
Pendedahan itu dianggap menggagalkan rancangan menyekat Anwar daripada mengambil alih kerajaan, dan menyaksikan Lokman dipecat daripada Umno.
Pada masa sama PAS pula gigih menggerakkan kempen membawa usul percaya kepada Mahathir di Dewan Rakyat untuk mendesak agar ahli parlimen Langkawi itu kekal sebagai perdana menteri sehingga mandat yang diperolehi PH pada 2018 berakhir pada 2023.
Komunikasi sangat teruk
Sesetengah pihak pula mendakwa Daim adalah antara orang yang tidak mahu Anwar menggantikan Mahathir.
Anwar berkata, Mahathir tidak terlibat dalam gerakan itu dan bersetuju penyerahan jawatan perdana menteri dilajukan selasas sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) berakhir pada hujung Nov ini.
Menurut Daim apa yang perlu dilakukan kerajaan ketika ini ialah berhenti daripada menyalahkan kerajaan BN sebelum ini semasa mentadbir negara.
"Kita perlu bergerak ke depan dan membangunkan negara ini secara berterusan. Kerajaan mesti mengatasi semua masalah yang boleh diselesaikan (sekarang)," katanya.
"Saya tahu rakyat tak puas hati. Mereka anggap sesetengah menteri sekarang dah jadi angkuh dan tak lagi mahu mendengar.
"Kepada mereka, menteri-menteri yang ada sekarang mestilah menjadi orang yang sama semasa mereka jadi pembangkang, iaitu mudah didekati.
"Mengapa mereka (menteri) jadi begitu sekarang?
"Mereka
tidak pernah menjawab surat dan mengaku terlalu sibuk. Ya, memang
mereka ada tanggungjawab yang mesti ditunaikan. Tak salah untuk menteri
sibuk, tetapi mereka mesti ingat, mereka dipilih oleh orang ramai untuk
berkhidmat kepada rakyat," katanya.
Sementara
itu Daim juga menggesa kerajaan meningkatkan keberkesanan dalam amalan
perhubungan awam bagi menjelaskan pelbagai pembaharuan yang dibawa.
"Semua menteri ada setiausaha akhbar. Mereka perlu menjelaskan apa yang berlaku kepada media. Masalahnya sekarang ialah, komunikasi mereka sangat teruk," katanya.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.