Kaedah Menundukkan Ego Tun Mahathir Yang Anwar Tidak Tahu
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Sejarah membuktikan, Tun Mahathir adalah Legendary Politician yang telah menumbangkan hampir semua Perdana Menteri Malaysia. Dan hari ini Tun melengkapkan pingat politiknya sebagai pemusnah dua kerajaan, yakni kerajaan BN dan kerajaan PH.
2) Dari sudut pandang kekuatan dan keegoan beliau sebagai Legendary Politician, tiada siapa pun figure yang mampu menundukkan beliau kecuali seorang sahaja, yakni al-Marhum Ustaz Azizan Razak, MB Kedah daripada PAS. Selain itu, Tun Mahathir tidak pernah tunduk kepada sesiapa.
3) Geniusnya al-Marhum Ustaz Azizan menundukkan Tun adalah dengan cara memberi anugerah pingat kepada Tun Mahathir. Tun terpaksa menundukkan kepalanya di hadapan Ustaz Azizan untuk dipakaikan pingat. Tak ada orang politik lain berfikir diluar kotak seperti almarhum.
4) Apakah itu sahaja boleh dikatakan menundukkan Tun? Tidak. Itu hanya simbolik supaya orang dapat ambil gambar kenangan bahawa beliau boleh tundukkan Tun Mahathir. Bahkan cara almarhum menundukkan ego Tun lebih daripada itu.
5) Tidak lama selepas PAS mengambil alih Kedah dan menjadi MB, almarhum terus menziarahi rumah Tun dan makan nasi bersama-sama dengan Tun sekeluarga. Tak tahulah apa yang disembang semasa pertemuan tersebut, tetapi pertemuan itu berjaya menambat hati Tun Mahathir.
6) Tun membuat kenyataan setelah itu, bahawa "Orang ini bijak. Jika dia menang lagi penggal depan, Umno/BN dah payah dah nak ambilbalik Kedah". Itu pengiktirafan spontan Tun terhadap almarhum setelah pertemuan santai tersebut.
7) Hebat sangat kah almarhum boleh sembang macam tu saja, Tun boleh puji begitu? Tidak pelik. Gaya dan haibah almarhum Ustaz Azizan juga mendapat perhatian alMarhum Sultan Abdul Halim, Sultan Kedah. Tiada seorang pun MB Kedah yang menjadi begitu istimewa dihati almarhum Tuanku Sultan.
8 ) Pegawai-pegawai istana pun sangat hairan Ustaz Azizan, bagaimana Sultan boleh bergelak ketawa dengan beliau, sedangkan MB-MB lain sebelumnya punya skema dan 'tawadhuk' di hadapan Sultan. Sultan Kedah waktu itu adalah sultan yang sangat dihormati oleh orang Kedah khususnya tak kira kaum dan agama.
9) Jika sesiapa termasuk MB nak propose apa-apa kepada almarhum Sultan untuk ditandatangani, pasti berpeluh gelisah menanti apa soalan yang tuanku Sultan. Jika almarhum Sultan tidak faham atau tidak berpuas hati, dengan mudah sahaja baginda Sultan akan kata "beta tak berkenan". Maka proposal itu sudah boleh dilupakan.
10) Tak ada yang berani membantah atau minta Sultan buat second thought. Itulah Sultan Abdul Halim yang MB-MB Kedah sangat berhati-hati berinteraksi dengan baginda. Tetapi pegawai-pegawai istana hairan dan kagum bagaimana MB Ustaz Azizan boleh hemoi dan bersembang santai dengan almarhum Sultan.
11) Saya pernah mendengar kata-kata seorang Ustaz PAS dalam bidang tarbiyah dan perkaderan - yang hari ini ustaz itu sudah jadi Ustaz AMANAH, kata beliau Tun Mahathir ni tak takut kat sapa, kecuali Sultan Kedah saja. Jadi tidak hairan langsung almarhum Ustaz Azizan boleh tundukkan Tun Mahathir, sedangkan Sultan yang Tun Mahathir 'takut' pun boleh sembang santai dengan almarhum
.
12) Jadi apa hal saya bawa cherita almarhum Ustaz Azizan di sini? Saja saya bawa cherita ini sebagai teladan kepada DS Anwar, jika mahu memenangi hati Tun Mahathir, perlu guna cara almarhum Ustaz Azizan. Bukan dengan cara memberi tekanan demi tekanan untuk peralihan kuasa. Cara Datuk Seri sebenarnya salah dan mencabar ego. Ego orang jangan dicabar, ia perlu ditundukkan dengan cara halus dan berseni.
13) Saya minta maaf kepada Datuk Seri sebab terlambat beri nasihat ini. Tetapi nasihat ini masih berguna untuk Datuk Seri untuk movement seterusnya, dan juga untuk para politician yang baru dan muda-muda. Maafkan saya.
Sekian
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.