KKM nafi lima kes positif Covid-19 di hospital Klang
KUALA LUMPUR, — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan
terdapat lima kes positif Covid-19 di Hospital Klang, Selangor,
berikutan satu video yang tular di media sosial semalam.
KKM melalui laman Facebook rasminya memaklumkan video berkenaan merupakan prosedur operasi standard (SOP), dalam menjalankan operasi mengesan kontak rapat.
“Tular video dengan dakwaan ada lima kes positif di
Hospital Klang adalah tidak benar. Jangan berkongsi atau menyebarkan
berita palsu ini,” menurut catatan itu.
Semalam tular video berdurasi lima saat di media sosial yang mendakwa terdapat lima kes positif Covid-19 di Hospital Klang. — Bernama
KKM melalui laman Facebook rasminya memaklumkan video berkenaan merupakan prosedur operasi standard (SOP), dalam menjalankan operasi mengesan kontak rapat.
Semalam tular video berdurasi lima saat di media sosial yang mendakwa terdapat lima kes positif Covid-19 di Hospital Klang. — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.