Koronavirus: Angka korban kini 805 orang
Jumlah kematian di wilayah Hubei China akibat wabak koronavirus
meningkat 81 kepada 780 orang pada hari Sabtu, kata suruhanjaya
kesihatan wilayah itu dalam satu kenyataan di laman webnya pada pagi
Ahad.
Sebanyak 2,147 kes dikesan di Hubei, pusat penyebaran wabak berkenaan, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan di wilayah itu meningkat kepada 27,100 kes.
Ini menjadikan angka kematian di tanah besar China meningkat kepada 803 orang manakala Hong Kong dan Filipina masing-masing melaporkan satu kematian.
Kini terdapat 37,045 kes dilaporkan di seluruh dunia dengan seramaian 2,152 orang dilaporkan telah pulih. - Reuters

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.