Umum tahu PAS telah beberapa kali menyatakan sokongan terhadap Dr
Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri – sekurang-kurangnya
sehingga tamat penggal pilihan raya umum ke-14.
Sokongan terbuka
PAS disuarakan pemimpinnya termasuk setiausaha agung Takiyuddin Hassan
dan khusus presiden parti Abdul Hadi Awang.
Baru baru ini
Hadi sekali lagi menyatakan pendirian sokong Mahathir. Kali ini dengan
nada keras. Kata beliau pihak yang “nak sangat jadi PM, buat lah undi
tak percaya”. Maksudnya kemukakan di parlimen usul undi tidak percaya
terhadap perdana menteri.
Jelas
kata kata itu diluahkan berikutan desakan beberapa pihak yang mahu
Mahathir melepaskan jawatan Mei ini - genap dua tahun Pakatan Harapan
mentadbir negara.
Bagi Hadi suasana ketika ini memerlukan Mahathir
kekal memegang jawatan PM. Beliau bagaimanapun tidak menghuraiakan apa
atau bagaimanakah “suasana ketika ini “ yang dimaksudkan.
Beberapa
pemerhati dan pengulas politik termasuk saya hairan mengapa PAS perlu
kerap mengulangi sokongan terhadap Mahathir – seolah-olah parti itu
“bertungkus-lumus” cuba menyakinkan semua pihak akan keikhlasan sokongan
mereka itu.
Tidak kurang juga pemerhati politik yang “pelik” PAS
menyokong Mahathir kerana bagi mereka jika ada pemimpin politik yang
boleh “letak PAS di tempatnya” atau dalam bahasa Inggeris “put PAS in its place”, orang itu ialah Mahathir.
Malah
Mahathir sejak dulu lagi kerap “menyerang “ keras PAS. Beliau juga
tidak pernah menyembunyikan pendapat bahawa beliau tidak setuju dengan
“Islam yang dibawa PAS”.
Jadi mengapa PAS menyokong Mahathir?
Adakah PAS percaya kerajaan Pakatan Harapan lebih mudah ditumbangkan
bila tiba masanya jika ia terus diterajui Mahathir?
Ada
penganalisis mengaku ada benarnya jika itu yang PAS percaya. Namun ada
juga yang berkata parti itu tersilap langkah jika berpegang dengan
kepercayaan itu kerana Mahathir kata mereka “bukan calang-calang lawan”.
Tentang Anwar, bukan Mahathir
Pun begitu beberapa lagi pemerhati dan penganalisis politik berpandangan isu ini “is more about Anwar Ibrahim rather than Mahathir” - lebih mengenai Anwar daripada Mahathir.
Kata
mereka PAS tidak atau belum memaafkan Anwar terhadap apa yang beliau
lakukan ke atas PAS. Imbas kembali tahun 1982. Anwar menerima pelawaan
Mahathir yang ketika itu presiden Umno dan perdana menteri keempat dan
menyertai Umno.
Penyertaan Anwar dalam Umno lihat sebagai sesuatu
yang amat memerangsangkan parti itu. Bagi PAS pula ia satu tamparan.
Ramai teman Anwar ada dalam PAS. Antaranya allahyarham Fadzil Noor, Hadi
dan Mohamad Sabu - sekadar menamakan tiga sahaja. Mereka semua bersama
Anwar dalam Abim seketika dahulu.
Lantas mereka menjangka Anwar
akan menyertai dan berkempen untuk PAS pada pilihan raya umum yang
menjelang tiba. Sebaliknya kehadiran Anwar dalam Umno membantu Umno/BN
menang cemerlang pilihan raya umum 1982. PAS hanya memenangi lima kerusi
parlimen.
Itu mencetus kemarahan PAS ke atas Anwar. Kemarahan
menyemarak apabila Anwar yang berada dalam kabinet Mahathir memerangi
PAS. Tidak memeranjatkan kerana Anwar yang ketika itu cukup setia adalah
antara panglima perdana menteri waktu itu.
Bagaimanapun ada pihak
mendakwa Anwar pernah cuba menjalankan usaha berbaik baik atau menjalin
kerjasama Umno-PAS yang masa itu dipimpin Fadzil Noor yang merupakan
sahabat baik beliau. Ini bagaimana pun tidak dapat disahkan.
Bekas presiden PAS allahyarham Fadzil Noor
Namun
PAS “memaafkan” Anwar apabila beliau disingkir Mahathir pada tahun 1998
dan menyertai gerakan reformasi anjuran Anwar. Seterusnya menyertai
Barisan Alternatif dan kemudian Pakatan Rakyat.
Bukanlah satu
rahsia itu semua khususnya sokongan PAS untuk Anwar banyak didorong dan
terjadi atas kemahuan Fadzil Noor walaupun ada pemimpin dalam PAS yang
tidak setuju.
Itu kisah lama. Kisah sekarang ialah PAS pimpinan
Hadi sokong Mahathir kerana tidak mahu Anwar jadi perdana menteri. Itu
andaian atau anggapan beberapa pemerhati dan penganalisis politik. Bagi
PAS, asal bukan Anwar kata mereka.
Seorang penganalisis menginatkan saya sejak dalam Pakatan Rakyat lagi ada pertembungan PAS dengan PKR.
Kebencian presiden, bukan PAS
Dan
kata beliau: “pertembungan PAS dan PKR sebenarnya diwakili pertembungan
peribadi Haji Hadi dan Anwar. Dalam banyak isu sewaktu dalam Pakatan
Rakyat Haji Hadi tidak sehaluan dengan Anwar. Seperti Langkah Kajang dan
isu MB Selangor.”
Namun ada pihak berpendapat PAS bimbang Anwar
dengan latar belakang agama dan pengetahuannya mengenai PAS boleh
“kerjakan” parti itu jika atau apabila beliau mengepalai Pakatan
Harapan.
“Ini antara barangkali ketakutan PAS tapi ia persepsi sahaja”, kata penganalisis tadi.
Mohd Sayuti Omar
Pemerhati
PAS dan penulis veteran Mohd Sayuti Omar juga berpendapat PAS mahu
Mahathir kekal sebagai PM ialah “sebab utama dia tak nak Anwar jadi PM.
Itu saja.”
Hadi dan Anwar, kata Sayuti, tidak ada beza pada segi
prinsip dan dasar. Namun menurut beliau tidak ada alasan “fizikal”
kenapa Hadi tidak suka Anwar selain isu personal.
Dan kata beliau
lagi ini soal “kebencian presiden bukan PAS keseluruhan”. Namun perlu
diakui ahli PAS setia dan dengar kata presiden.
“Marah dan benci
bukan prinsip tetapi peribadi. Sebab itu dalam bacaan saya jika Hadi tak
lagi pimpin PAS, parti itu tidak begitu menjurang jauh dengan Anwar.
“Tengok Tuan Ibrahim boleh duduk minum dengan Anwar di parlimen, kata Sayuti.
Yang dimaksudkan ialah Tuan Ibrahim Tuan Man, timbalan presiden PAS.
Apa pun hakikatnya Hadi masih kukuh dalam PAS.
MOHSIN ABDULLAH ialah seorang wartawan tua yang menulis mengenai itu dan ini, di sana dan di sini.
Mengapa PAS sokong Mahathir?
Reviewed by editorreformis
on
Februari 08, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
SEREMBAN: Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempersoalkan tujuan sebenar UMNO yang didakwa mahu menubuhkan pa...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.