https://critoxium.com/shop/

Terkini

Mewangi amal bakti sentiasa diberkati


Oleh Arif Atan

Menemubual Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di pejabatnya di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) April tahun lepas, kita boleh mengesan betapa dalam keterujaannya bekerja untuk rakyat.

Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (AMANAH) yang sejak dalam Pas, saya panggil 'Dr' ini dalam sejam lebih temubual itu asyik sungguh berkongsikan tentang polisi yang sedang dan akan dilaksanakannya.

Antara yang paling Dr Dzul tekankan ialah soal kebajikan dan bebanan kerja dihadapi kakitangan profesional perubatan.

Ada beberapa kes membabitkan kebajikan petugas KKM seperti di Hospital X yang menyentap rasa insani dibuatnya tetapi Dr Dzul berulang kali sebut akan memantau lebih rapat dan menyelesaikannya segera.

Iltizam Dr Dzul dibantu para pegawainya yang berdedikasi juga kita semua sudah lihat dalam usaha mengurus penularan wabak Covid-19.

Tentunya banyak lagi usaha Dr Dzul dan pasukannya untuk memperkasa perkhidmatan dan keselamatan kesihatan yang dicitakannya tergendala lantaran tumbangnya kerajaan.

Benarlah manusia merancang, Tuhan yang menentukan. Semoga Dr Dzulkefly dan ramai lagi pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang sudah terbukti rajin berjasa dan bekerja apabila diamanahkan ketika berada dalam kerajaan sentiasa dilindungi dengan mewangi amal bakti sentiasa diberkati.

Buat segelintir orang politik yang tidak buat kerja yang diamanahkan termasuk sudah diberi peluang menjadi menteri tetapi rakus berpolitik merebut kuasa sehingga khianat secara terbuka, nantikanlah akibat kerosakan yang kalian lakukan.

*Terima kasih buat jurugambar hebat Syafiq Iskandar atas rakaman detik-detik kenangan ini.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.