Pendedahan Lokman Adam Bukti Maufakat Nasional Celaru
Pendedahan yang dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Nor Adam yang turut menggesa Presiden UMNO Datuk
Seri Zahid Hamidi supaya meletakkan jawatan adalah bukti jelas bahawa
Muafakat Nasional sejak dari awal menghadapi masalah kecelaruan identiti
dan saling tidak percaya antara satu sama lain.
Perkara ini harus diambil sebagai petunjuk penting bahawa parti yang
berada dalam Muafakat Nasional terutamanya UMNO dan PAS tidak mempunyai
persefahaman yang baik dan hanya memikirkan survival politik
masing-masing.
Selain itu, dalam rakaman yang didedahkan juga menunjukkan PAS telah memberi isyarat bahawa kesepakatan yang dibuat bersama UMNO hanyalah sandiwara politik demi meraih sokongan setelah masing-masing tewas dalam PRU ke 14 yang lalu.
Ini juga menunjukkan PAS sekali lagi mempamerkan wajah sebenar mereka apabila sanggup membelakangkan rakan politik dan pada kali ini UMNO menjadi mangsa seterusnya.
Justeru rakyat Malaysia seharusnya membuka mata menilai sikap politik mereka dan tidak terpedaya dengan slogan yang dilaungkan kononnya membawa agenda nasional untuk Malaysia.
Dalam pada itu, Pemuda AMANAH menyeru agar Pakatan Harapan terus bergerak pada landasan yang betul bagi memastikan perubahan dan pembaharuan yang dibawa dapat dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.
HASNUL ZULKARNAIN ABD MUNAIM
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.