Umno sepakat berhubung isu Lokman Adam
KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno bersependapat berhubung tindakan parti itu ke atas ahli Majlis Tertinggi (MT) Lokman Noor Adam yang didakwa menyerang presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan Johari Abdul Ghani memberitahu ahli akar umbi parti bahawa pemimpin Umno tidak bertelagah berhubung isu tersebut.
“Tak ada (pergaduhan),” katanya selepas satu forum dengan ahli perniagaan di sebuah pusat membeli belah di sini, hari ini.
Jumaat lepas, MT Umno merujukkan Lokman kepada jawatankuasa disiplin parti itu berhubung kenyataan beliau mengkritik Zahid kerana mahu bekerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad.
Lokman berkata, Umno memerlukan pemimpin yang bersedia berjuang bagi mempertahankan rakyat, bukannya “mereka yang sedia berkompromi dengan golongan berkuasa”.
Susulan keputusan MT itu, Lokman mendakwa beliau dipecat.
Sementara itu, dalam kenyataan di Facebook, bekas ahli MT Mohd Puad Zarkashi mengkritik cara kepimpinan parti mengendalikan kes Lokman, sekali gus mempersoalkan kenapa tindakan tidak diambil ke atas bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein kerana bertemu dengan perdana menteri dan pemimpin Pakatan Harapan (PH).
Johari berkata, kenyataan Puad menyebabkan “ahli akar umbi Umno tertanya-tanya sama ada pemimpinnya bergaduh”.
“Sebenarnya tak ada (pergaduhan). Mereka sepakat,” katanya.
Terdahulu dalam forum hari ini, Johari, yang merupakan pengerusi sebuah syarikat tersenarai awam berkata, beliau mahu memperuntukkan lebih banyak masa kepada usahawan muda bagi membantu mereka berjaya.
Katanya beliau mahu membimbing usahawan yang berdepan masalah dalam perniagaan mereka.
“Tak ada jalan pintas. Anda perlu bekerja keras untuk berjaya,” katanya kepada peserta forum yang bertanya sama ada beliau menyimpan buku catatan bagi mengikuti perkembangan operasi perniagaannya.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.