Zahid: Kerjasama Dr M dengan Umno hanya khabar angin
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menolak tanggapan bahawa parti itu
mungkin mengadakan kerjasama dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad
dan Bersatu.
Beliau memberitahu Malaysiakini selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini bahawa isu tentang Umno akan bekerjasama dengan Bersatu hanyalah khabar angin.
Beliau berkata perkara itu tidak dibincangkan oleh ahli Majlis Tertinggi Umno semasa mesyuarat mereka di ibu pejabat parti hari ini.
"Kami tidak membincangkannya," katanya ketika dihubungi.
Ditanya
sama ada itu bermakna Umno tidak berniat untuk bekerjasama dengan
Mahathir seperti dispekulasikan, Zahid menjawab: "Itu hanya khabar
angin."
Khabar angin mengenai kerjasama itu mula timbul awal minggu ini apabila ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam mendedahkan rakaman audio yang didakwa dirakam semasa mesyuarat Muafakat Nasional dan mengandungi ucapan Zahid untuk meyakinkan pemimpin parti bekerjasama dengan Mahathir.
Muafakat Nasional adalah nama pakatan kerjasama antara Umno dan PAS.
Spekulasi timbul bahawa Umno dan PAS mungkin membentuk gabungan yang lebih besar dengan parti komponen PH, Bersatu yang dipengerusikan Mahathir, bagi membentuk kerajaan baru melalui sebuah gabungan yang didakwa sebagai Pakatan Nasional.
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menguatkan lagi spekulasi itu apabila beliau sebelum ini memberitahu pemberita bahawa parti itu terbuka untuk membentuk kerajaan perpaduan.
Beliau memberitahu Malaysiakini selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini bahawa isu tentang Umno akan bekerjasama dengan Bersatu hanyalah khabar angin.
Beliau berkata perkara itu tidak dibincangkan oleh ahli Majlis Tertinggi Umno semasa mesyuarat mereka di ibu pejabat parti hari ini.
"Kami tidak membincangkannya," katanya ketika dihubungi.
Khabar angin mengenai kerjasama itu mula timbul awal minggu ini apabila ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam mendedahkan rakaman audio yang didakwa dirakam semasa mesyuarat Muafakat Nasional dan mengandungi ucapan Zahid untuk meyakinkan pemimpin parti bekerjasama dengan Mahathir.
Muafakat Nasional adalah nama pakatan kerjasama antara Umno dan PAS.
Spekulasi timbul bahawa Umno dan PAS mungkin membentuk gabungan yang lebih besar dengan parti komponen PH, Bersatu yang dipengerusikan Mahathir, bagi membentuk kerajaan baru melalui sebuah gabungan yang didakwa sebagai Pakatan Nasional.
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menguatkan lagi spekulasi itu apabila beliau sebelum ini memberitahu pemberita bahawa parti itu terbuka untuk membentuk kerajaan perpaduan.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.