GST mungkin diperkenalkan semula, kata Muhyiddin
KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) akan mengkaji semua pilihan termasuk
memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan cukai
jualan dan perkhidmatan (SST) untuk melonjakkan keseimbangan ekonomi,
kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini.
“Kita akan mengkaji semuanya kerana ini kali pertama kita bermesyuarat,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet kerajaan baharu.
Beliau berkata langkah itu akan diambil selaras dengan dasar kerajaan yang lebih luas akan diguna pakai secara fiskal dan kewangan untuk mengukuhkan ekonomi.
Tambah beliau, kerajaan akan meneliti beberapa pilihan yang tidak akan membebankan rakyat tetapi pada masa yang sama tidak menjejaskan keupayaan kerajaan untuk menjana pendapatan.
Berkenaan sama ada kerajaan akan menimbang untuk menstruktur semula belanjawan, Muhyiddin berkata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membentangkan laporan mengenai keadaan kewangan negara dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi, Isnin depan.
Muhyiddin berkata beliau akan membuat keputusan selepas laporan berkenaan dibentangkan.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.