Ingkar PKP: Timbalan menteri, Exco didenda maksimum RM1,000
GERIK, — Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi
Ghazali dijatuhi hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sebulan
oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melanggar Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menghadiri satu jamuan dua minggu lepas.
Turut dikenakan denda sama ialah Pengerusi Jawatankuasa
Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak
Razman Zakaria serta 13 individu lain.
Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh menjatuhkan hukuman itu selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan masing-masing yang dibacakan secara serentak oleh jurubahasa mahkamah.
Kesemua mereka membayar denda itu. — Bernama
Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh menjatuhkan hukuman itu selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan masing-masing yang dibacakan secara serentak oleh jurubahasa mahkamah.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.