Masak lemang guna tin, pakar dedah bahaya menanti
KUALA LUMPUR,— Sambutan Ramadan ketika Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) menyaksikan ramai yang berkongsi pelbagai resepi dan
kaedah memasak di media sosial.
Terbaharu, kaedah memasak lemang menggunakan tin
aluminium kembali tular memandangkan ia didakwa mudah dimasak kerana
tidak perlu menggunakan buluh seperti kebiasaan.
Bagaimanapun, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (BKKM) dalam satu hantaran di Twitter menegaskan kaedah memasak lemang menggunakan tin adalah tidak selamat.
Ini kerana tin aluminium dikatakan mempunyai bahan kimia sekaligus mengundang bahaya kepada kesihatan orang ramai.
“Kau orang tahu tak sebenarnya masak lemang dalam tin minuman adalah tidak selamat!
“Kalau masakan tak jadi, boleh pos dalam kumpulan Facebook tapi kalau masakan tak selamat, boleh membahayakan kesihatan!
“Jadi dalam keseronokan kita memasak, sentiasa pentingkan keselamatan makanan!” katanya.
Tin sememangnya digunakan secara meluas sebagai salah satu teknik pembungkusan makanan dan minuman tetapi adalah tidak selamat untuk ia digunakan semula sebagai bekas memasak.
Hantaran BKMM juga sebagai reaksi kepada laman Facebook ‘Food Safety Malaysia’ selepas ia membangkitkan isu berkenaan yang dibimbangi membahayakan kesihatan.
Terdahulu, akaun Facebook itu turut memetik pandangan ahli kimia Dr Fatimah Salim yang memberitahu bahawa tidak kira apa jua jenis bahan binaan tin, aluminium juga merupakan sejenis logam bersifat reaktif.
Fatimah bersetuju bahawa periuk masakan juga diperbuat daripada logam namun, komposisi bahan binaan tin tidak sama dengan periuk memasak aluminium walaupun bahan utamanya adalah sama.
“Dan fikirkan juga kebarangkalian bahan-bahan kimia lain yang terhakis daripada cat dan tulisan pada tin itu lalu menjadi perisa tambahan kepada lemang.
“Benar, daun pisang yang digunakan sebagai pembalut (tin) boleh menjadi penyerap (hakisan) sebahagian aluminium.
“Namun, kita tidak tahu berapa banyak aluminium yang terhakis dan berapa kapasiti serapan (pada) daun pisang itu,” katanya.
Bagaimanapun, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (BKKM) dalam satu hantaran di Twitter menegaskan kaedah memasak lemang menggunakan tin adalah tidak selamat.
“Kalau masakan tak jadi, boleh pos dalam kumpulan Facebook tapi kalau masakan tak selamat, boleh membahayakan kesihatan!
“Jadi dalam keseronokan kita memasak, sentiasa pentingkan keselamatan makanan!” katanya.
Baru je masuk bulan puasa tapi ramai dah tak sabar nak makan lemang. Beberapa hari lepas, ada ternampak orang kongsi mengenai cara masak lemang dalam tin minuman. pic.twitter.com/gY1cqTWaB5— Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (@BKKMputrajaya) April 28, 2020
Tin sememangnya digunakan secara meluas sebagai salah satu teknik pembungkusan makanan dan minuman tetapi adalah tidak selamat untuk ia digunakan semula sebagai bekas memasak.
Hantaran BKMM juga sebagai reaksi kepada laman Facebook ‘Food Safety Malaysia’ selepas ia membangkitkan isu berkenaan yang dibimbangi membahayakan kesihatan.
Terdahulu, akaun Facebook itu turut memetik pandangan ahli kimia Dr Fatimah Salim yang memberitahu bahawa tidak kira apa jua jenis bahan binaan tin, aluminium juga merupakan sejenis logam bersifat reaktif.
Fatimah bersetuju bahawa periuk masakan juga diperbuat daripada logam namun, komposisi bahan binaan tin tidak sama dengan periuk memasak aluminium walaupun bahan utamanya adalah sama.
“Dan fikirkan juga kebarangkalian bahan-bahan kimia lain yang terhakis daripada cat dan tulisan pada tin itu lalu menjadi perisa tambahan kepada lemang.
“Benar, daun pisang yang digunakan sebagai pembalut (tin) boleh menjadi penyerap (hakisan) sebahagian aluminium.
“Namun, kita tidak tahu berapa banyak aluminium yang terhakis dan berapa kapasiti serapan (pada) daun pisang itu,” katanya.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.