Rentetan daripada artikel saya sebelum ini mengenai pertemuan saya
dengan Dr Mahathir Mohamad, saya telah dibanjiri dengan pelbagai soalan
dan komen daripada banyak pihak dan daripada spektrum politik yang
berbeza. Ada yang memuji artikel tersebut dan berterima kasih kerana
berkongsi pandangan serta pengalaman saya dengan mereka.
Sementara
itu, ada juga yang menyuarakan rasa tidak percaya bahawa saya masih
sanggup bersusah payah untuk berjumpa dengan “lelaki tua tersebut”,
kerana pada mereka, sejak dari awal lagi Tun juga terlibat dengan
pengkhianatan yang berlaku. Dan tentunya ada juga sebahagian daripada
mereka yang sukar membuat keputusan, samada Tun ini adalah kawan atau
musuh.
Sebagai penambah rasa, ada pula yang berkata, "Semua ini
membuang masa sahaja. Perkara ini tidak relevan, kerana Tun sekarang
tidak lagi relevan!"
Bagi
mereka yang merasakan bahawa Tun daripada awal lagi terlibat dengan
pengkhianatan yang berlaku, mereka akan berkata, "Mengapa Tun letak
jawatan? Peletakan jawatan itu adalah bukti yang jelas bahawa dirinya
sendiri sebagai pelaku pengkhianatan tersebut!"
Tetapi ditambah
pula kemudiannya, bahawa dia selepas itu rasa bersalah sehingga
menyebabkan dia menarik diri di saat akhir lalu tidak bersama dengan
Muhyiddin, sebaliknya memaksa Muhyiddin menjadi PM. Ia adalah teori yang
baik sekiranya anda anggap dakwaan berlakunya rasa bersalah
kemudiannya, adalah sesuatu yang munasabah.
Memandangkan
banyak sangat persoalan dan teori, maka saya ingin mengupas isu ini
dalam tulisan saya kali ini, dengan harapan ia dapat memberikan sedikit
sebanyak gambaran tentang mengapa Tun meletakkan jawatannya dengan cara
ia dilakukan, sehingga menyebabkan kita berada dalam keadaan yang
sepertimana kita dapati diri kita hari ini.
Persoalan ini tidak
dijelaskan secara panjang lebar oleh dirinya sendiri, tetapi selepas
beberapa kenyataan berasingan oleh Tun, beberapa perkara seperti berikut
telah saya simpulkan.
Tetapi sebelum itu mari kita tinjau kembali persitiwa-peristiwa yang membawa kepada peletakan jawatan Tun.
Pada
malam hari Jumaat, 21 Februari yang lalu, Majlis Presiden PH telah
bermesyuarat dan seperti yang dijangka, mungkin untuk pertama kalinya,
isu peralihan kuasa telah dibincangkan secara serius.
Mesyuarat
menjadi 'panas' daripada biasa tetapi tidaklah sampai ‘terbakar’. Tidak
ada meja yang dihentak atau kenyataan menghina dikeluarkan; yang berlaku
adalah satu perdebatan, iaitu sama ada lebih baik kesannya kepada PH
dan rakyat serta pelabur sekiranya tarikh peralihan PM ditetapkan, atau
sebaliknya.
Pendirian Bersatu mengenai perkara itu adalah untuk
diputuskan sendiri oleh Tun bila beliau mahu melepaskan jawatan dan
tiada tarikh yang perlu ditetapkan untuk peletakan jawatannya. Azmin
lebih spesifik, beliau mahu Tun kekal sebagai PM sehingga tempoh penggal
berakhir.
Semasa perbincangan tersebut, ada juga
beberapa tuduhan yang dibuat, khususnya terhadap Anwar; bahawa dia
adalah dalang sebenar di sebalik serangan peny
Tun dan PH: Sahabat atau musuh?
Reviewed by editorreformis
on
April 07, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
LABUAN, 22 Sept ― Kira-kira 4,000 daripada 32,800 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di seluruh negara akan menjadi kumpulan pe...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.