Dr
Mahathri Mohamad hari ini meluahkan rasa kecewa dan marahnya selepas
kerajaan hari ini memutuskan sidang Dewan Rakyat akan berlangsung lebih
singkat berbanding jadual awal.
Kata bekas perdana menteri itu,
tindakan menyingkatkan sidang berkenaan kepada hanya beberapa jam -
berbanding sehari mengikut rancangan awal - dilihat sebagai cubaan untuk
menghalang beliau bercakap.
Kata Mahathir, beliau tidak dibenarkan bersuara walaupun atas kapasitinya sebagai ahli Dewan Rakyat.
"Jangankan
sebagai orang ramai (orang awam), ahli dewan pun tak boleh bercakap
dalam Dewan (Rakyat). Jadi, apa jenis kerajaan ini, yang mana ahli dewan
tak boleh bercakap.
"Ada
sidang berlangsung pun tak boleh bersuara, sehingga kita menjadi sebuah
kerajaan yang sebenarnya tidak sah," katanya dalam kenyataan melalui
video yang dimuat naik di media sosial beliau hari ini.
Terdahulu
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof, memaklumkan pihaknya
menerima surat pemakluman daripada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin,
selaku ketua Majlis Dewan Rakyat.
Menurut Mohamad Ariff, Muhyiddin
memberitahu kerajaan memutuskan tiada sidang diadakan selepas Yang
di-Pertuan Agong menyampaikan titah diraja pada pagi 18 Mei ini.
Keputusan
itu sekali gus menggagalkan cubaan Mahathir membawa usul tidak percaya
terhadap Muhyiddin. Usul berkenaan sebelum ini diterima oleh Mohamad
Ariff.
Beliau memberitahu Katanya, keputusan itu dibuat
kerajaan disebabkan penularan wabak Covid-19 di negara yang masih belum
reda sepenuhnya.
Lapan hari pun tak diberi
Asalnya
kerajaan menetapkan sidang Dewan Rakyat berkenaan - yang pertama sejak
kerajaan Perikatan Nasional dibentuk - diadakan selama sehari.
Dengan keputusan terbaru itu, sidang akan ditangguhkan selepas Agong menyampaikan titah diraja.
Kata
Mahathir biasanya selepas Agong menyampaikan titah ia akan dibahaskan
dan kemudian diundi untuk diterima. Namun katanya dengan ketetapan
terbaru itu kelaziman berkenaan tidak lagi berlaku.
Justeru kata ahli parlimen Langkawi itu perjalanan dewan sebegitu tidak menepati syarat yang sepatutnya.
"Sekarang
saya diberitahu, walaupun speaker bersetuju untuk saya membawa suatu
usul tidak percaya terhadap Muhyiddin, sekarang kita tak boleh
membahaskannya pada satu hari itu.
"Usul-usul kerajaan juga tidak akan dikemukakan.
"Jadi
apa dia mesyuarat ini? Untuk kita cuma dengar ucapan kerajaan melalui
Yang di-Pertuan Agong. Ini bukan mesyuarat parlimen. Dan kita
lambat-lambatkan persidangan ini.
"Apabila kita minta untuk (diadakan sidang dewan) lapan hari pun tak diberi," katanya lagi.
Tambah
Mahathir, jika tiada sidang parlimen diadakan secara rasmi selepas 60
hari selepas kali terakhir ia diadakan, maka penubuhan kerajaan yang
berkenaan tidak menepati undang-undang.
Bagaimanapun,
katanya, terpulang kepada pakar perundangan untuk menentukan sama ada
sidang sehari dilakukan kerajaan PN pada 18 Mei ini sah mengikut
peraturan.
Sementara itu seorang peguam, Rafique Rashid Ali, berpendapat hujah Mahathir itu adalah tepat dari segi perundangan.
Katanya,
apabila seorang ketua Majlis Dewan Rakyat menggunakan Peraturan 11(2)
dan 15(2) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat hanya selepas beliau
mengetahui wujud undi tidak percaya terhadapnya maka secara langsung
bermaksud perdana menteri terbabit mengelak daripada undi tidak percaya.
"Justeru, secara automatik perdana menteri sudah tahu dia tidak
ada cukup bilangan majoriti ahli Dewan Rakyat," katanya dalam kenyataan
berasingan malam ini.
Menurut Rafique lagi Malaysia mencontohi
model sistem parlimen Westminster dan sesebuah kerajaan mesti mendapat
kepercayaan bagi menjadi pentadbir.
"Dengan menolak untuk menghadapi ujian berkenaan, perdana menteri dianggap tidak mendapat sokongan majoriti," katanya.
Apa jenis kerajaan ini, soal Dr M lepas sidang parlimen disingkatkan
Reviewed by editorreformis
on
Mei 14, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka tidak akan melaksanakan penjualan pasir sekiranya diberi mandat oleh rakyat negeri itu pada 20 Nove...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.