Mana sirah Saidina Umar, tanya aktivis Umno kepada Siti Zailah
Kewibawaan Ahli Parlimen Rantau Panjang yang juga timbalan menteri,
Datuk Siti Zailah Yusof dipertikai oleh rakan-rakannya dalam Umno
sendiri apabila gagal membantu satu keluarga daif sehingga terpaksa
dibantu oleh pendakwah Ebit Lew.
“Tak malukah Kak Lah ( Tim Menteri ), ADUN Apam Putra dan Pegawai kerajaan,” tanya Mohd Yusoff Solu, aktivis Umno Kelantan melalui facebooknya ekoran tersebarnya berita bantuan yang diberikan oleh Ebit Liew itu.
Ebit Lew, dari Kuala Lumpur telah menziarahi keluarga miskin yang sangat daif di Apam Putra, Rantau Panjang bagi membantu mereka.
Yusof Solu bertanya, kenapa wakil rakyat Parlimen Rantau Panjang yang sudah sekian lama mewakili Rantau Panjang tidak membantu keluarga tersebut.
“Kenapa Ebit Lew yang tinggal di KL boleh jumpa keluarga tersebut dan datang membantu?” tanya Yusof lagi.
Beliau juga mempertikaikan ucapan dan ceramah yang sering diungkitkan oleh penceramah di pentas ceramah Pas.
“Sirah Saidina Umar yang diceritakan di pentas ceramah setiap lepas isya tu mana?” tanya Yusof merujuk kepada cerita Saidina Umar yang sentiasa melawat rakyat di bawahnya yang perlukan pembelaan.
Aktivis sosial yang lain pula mempertikaikan pemerintah kerajaan negeri Kelantan iaitu Pas ketika berlakunya perkara ini.
“Mana nak letak muka pemerintah Kelantan?
“Tak sampai seminggu Ustaz Ebit Lew santuni mereka yang memerlukan melalui hanya maklumat orang ramai,” tulis Johar Ismail dalam facebook beliau.
CERITA EBIT LEW
Dalam paparan di facebooknya, Ebit Lew menceritakan penderitaan sebuah keluarga yang tinggal di sebuah gobok buruk di kawasan pembuangan sampah di Rantau Panjang, Kelantan.
“Menangis lagi. 20 tahun tinggal pondok kecil tanpa tandas. Menangis lagi hari ini di Kelantan. Ditempat pembuangan sampah yang besar. 3 longgokan sangat besar sampah,” tulis pendakwah itu.
Ebit menceritakan, ada tiga pondok kecil disitu yang tiada tandas pun.
“Takde rupa rumah langsung. Sedihnya rasa..Jika ingin mandi mereka ke surau berdekatan. Tadah air.
“Makcik tua umur 70an bersama anak cucunya disitu selama 20 tahun di Pasir Mas Kelantan. Jika hujan lebat habis air naik dengan sampah-sampah. Tak patut ada sesiapa tinggal disitu,” tulis beliau.
Menurut Ebit, sebaik sampai mereka semua kenal beliau.
“Adik tu menangis. Umur 19 tahun belajar kolej. Betul ke ustaz ebit lew ini. Makcik tu sakit dah uzur. Tak kuat nak berjalan. Mereka kenal saya. Baik-baik adik-adik ni. Ujian mereka,” tulisnya lagi.
Dengar kisah hidup mereka buat beliau menangis, kata Ebit.
“Ada yang tak habis sekolah. Tapi serius adik ni semua baik-baik. Kisah mereka terasa masa saya pernah rasa susah dulu. Rasa rendah diri dan malu nak jumpa orang,” katanya.
Menurut Ebit, beliau memujuk mereka untuk pindah dan beliau akan bayar semua sewa dan bil api air.
“Mereka setuju nak pindah. Terharu nak pindah. Tak sangka senang ajak. Ya Allah maafkanlah saya lambat jumpa keluarga ini. Setelah 20 tahun mereka lalui semua ini. Saya rasa berdosa dan bersalah yang amat sangat,” tulisnya.
Ebit mengucapkan erima kaseh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan zakat hadir membantu mereka dengan memberikan barang dapur.
“Terima kaseh penghulu dan ketua kampung. Terima kaseh ajk masjid yang ambil tahu keadaan keluarga ini. Mei ini bermula bantuan untuk mereka dari JKM insyaAllah.
“Saya tahu pasal mereka awal Ramadhan. Tapi baru hari ini sampai. Maafkanlah saya ya Allah. Ampunkan dosa saya. Doakan saya tengah cari 2 rumah untuk disewakan pada mereka,” tulis Ebit lagi.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.