Kerajaan
Perikatan Nasional (PN) lebih mengutamakan usaha mempertahankan 'Langkah
Sheraton' daripada membahaskan krisis Covid-19 secara bersama di
Parlimen.
Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Dr Mujahid
Yusof Rawa, berkata beliau yakin sidang yang berlangsung 18 Mei nanti
sekadar membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong adalah atas permintaan
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sendiri.
"Dalam 'ketakutan' PM
terhadap usul persendirian Langkawi beliau telah menggadaikan keperluan
usul kerajaan sendiri yang merupakan satu keutamaan.
"Ahli Parlimen turut menanti usul dari kerajaan untuk dibahaskan secara sihat demi mencapai konsensus untuk negara.
"Saya
berkeyakinan kerajaan PN telah hilang fokus kerana keutamaannya adalah
untuk mempertahankan kewajaran 'Langkah Sheraton' daripada membahaskan
krisis covid secara bersama di Parlimen Malaysia," katanya dalam satu
kenyataan.
Semalam, media melaporkan sidang Dewan Rakyat yang
dijadualkan berlangsung sehari sahaja pada 18 Mei ini, hanyalah
semata-mata bagi mendengar titah diraja oleh Yang di-Pertuan Agong tanpa
melibatkan sebarang urusan lain.
Ia sekaligus menutup pintu untuk sebarang usul undi tidak percaya dibuat terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Dalam
satu kenyataan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof,
memberitahu beliau menerima surat pemakluman daripada Muhyiddin selaku
ketua Majlis Dewan Rakyat, bahawa kerajaan memutuskan tiada sidang
selepas titah Diraja yang dijadualkan berlangsung jam 10 pagi, pada 18
Mei, Isnin ini.
Katanya,
beliau dimaklumkan keputusan itu dibuat kerajaan disebabkan penularan
wabak Covid-19 dalam negara yang masih belum reda sepenuhnya.
Perkara
sama turut dizahirkan dalam satu notis pemberitahuan oleh setiausaha
Dewan Rakyat, Riduan Rahmat ditujukan buat ahli-ahli Parlimen dan
dilihat Malaysiakini, bertarikh hari ini.
Sidang Dewan Rakyat pada
18 Mei ini merupakan persidangan pertama sejak “Langkah Sheraton” yang
menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai bekas perdana
menteri Dr Mahathir Mohamad.
Sementara itu, Mujahid yang juga
Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, agak malang apabila sidang
Parlimen yang telah banyak kali ditangguhkan hanya mendengar titah Yang
di-Pertuan Agong saja.
"Jelaslah
sidang 18 Mei ini hanya memenuhi kehendak peraturan dan tidak ada kena
mengena hasrat kerajaan PN untuk gunakan peluang persidangan untuk
membahas kepentingan besar negara semasa krisis.
"Ia satu langkah primitif ke belakang dan sekaligus menjejaskan kewibawaan institusi parlimen negara," kata Mujahid.
Katanya,
dalam suasana negara mengalami krisis Covid-19, banyak perkara yang
perlu dibahaskan demi memastikan negara bersatu dalam menangani krisis
ini.
Takut usul Dr Mahathir, Muhyiddin gadai usul k'jaan - Mujahid
Reviewed by editorreformis
on
Mei 14, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka tidak akan melaksanakan penjualan pasir sekiranya diberi mandat oleh rakyat negeri itu pada 20 Nove...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.