PENGUNDI berang apabila ahli politik yang diundi pada pilihan raya
umum 2018 melompat parti seperti katak untuk mengubah keseimbangan kuasa
dan kerajaan negeri sejak “Langkah Sheraton” kira-kira dua bulan lalu.
Pada Februari, Muhyiddin Yassin membawa keluar partinya Bersatu,
daripada kerajaan persekutuan Pakatan Harapan (PH), meruntuhkan pakatan
itu dan kemudiannya menubuhkan pakatan lain bersama bekas musuhnya, Umno
dan PAS, dan dalam proses itu, beliau akhirnya menjadi perdana menteri.
Helah ini semua berlaku kerana tiada undang-undang yang menyekat ahli
politik daripada bertukar parti pada bila-bila masa pun, walaupun
pelbagai janji dan ikrar dibuat ketika pilihan raya.
Tindakan seumpama ini kali pertama mendapat perhatian pada 1992,
ketika hakim mahkamah agung Eusoff Chin memutuskan undang-undang lompat
parti Kelantan tidak konsisten dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan
Persekutuan, berkaitan dengan kebebasan berpersatuan.
Sejak itu, 11 ahli Parlimen dan 11 Adun, sama ada meletak jawatan
atau keluar parti untuk menjatuhkan satu kerajaan persekutuan dan lima
kerajaan negeri, dengan Perak mengalami keadaan itu sebanyak dua kali,
iaitu 2009 dan sekali lagi pada tahun ini.
Undang-undang anti lompar parti Kelantan pada 1990 mensyaratkan wakil
rakyat yang dipilih mengosongkan kerusi jika mereka meletak jawatan
atau dibuang daripada parti bagi mengelak Adun mencetuskan gangguan
terhadap kerajaan negeri sedia ada.
Dalam kes yang diputuskan oleh Eusoff, Nordin Salleh (Sg Pinang) dan
Wan Mohamed Najib Wan Mohamad (Limbongan) menang kerusi mereka atas
tiket Semangat 46 pada pilihan raya umum 1990, tetapi kemudian lompat
parti ke Umno pada tahun berikutnya.
Walaupun tindakan lompat parti itu tidak menyebabkan perubahan dalam
kerajaan negeri, Kelantan kemudian meminda undang-undangnya untuk
memasukkan klausa anti lompat parti, yang kemudian dikuatkuasakan pada
18 November, 1990.
Speaker pada masa itu, mengisytiharkan dua kerusi berkenaan kosong,
dan kedua-dua Adun itu diarahkan bertanding sekali lagi untuk kerusi
itu, tetapi kemudian tewas. Mereka kemudian memfailkan kes itu ke
mahkamah, yang membawa kepada keputusan dibuat oleh Eusoff.
Berikut ialah senarai wakil rakyat yang keluar parti, meletak jawatan
atau mengubah sokongan politik mereka yang akhirnya menyebabkan
kejatuhan kerajaan di Malaysia:
Perak (2009)
Negeri ini menjadi kerajaan negeri pertama yang runtuh hanya selepas setahun memegang kuasa apabila tiga Adun keluar parti.
Keruntuhan bermula apabila wakil rakyat Barisan Nasional (BN)
Nasarudin Hashim (Bota) mengumumkan beliau bertukar ke PKR pada
Februari. Pada masa itu, pentadbiran negeri Pakatan Rakyat (PR) diketuai
oleh Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS).
Tetapi sebelum PKR dapat meraikannya, Nasarudin kembali ke BN, dan
belum sempat PR bertindak, tiga lagi wakil rakyat meletak jawatan
daripada parti masing-masing untuk menyokong BN sebagai kerajaan negeri.
Mereka ialah timbalan speaker Hee Yit Foong (Jelapang) daripada DAP,
exco PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat
Jering).
Tindakan mereka membolehkan BN menawan semula negeri itu dengan 28
Adun dan tiga Adun bebas yang mesra BN, berbanding 28 Adun PKR.
Sebelum peletakan jawatan Adun berkenaan, PR mentadbir negeri itu
dengan 32 wakil rakyat berbanding 27 BN dalam DUN yang terdiri daripada
59 kerusi itu.
Ketiga-tiga Adun terbabit sejak itu mula pudar daripada arena politik tempatan.
Bagaimana tindakan lompat parti boleh runtuhkan kerajaan
Reviewed by editorreformis
on
Mei 13, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka tidak akan melaksanakan penjualan pasir sekiranya diberi mandat oleh rakyat negeri itu pada 20 Nove...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.