Merebut kuasa tanpa menunggu pilihan raya: Sikap terbaru Pas dipersoal
Oleh Ahmad Lutfi Othman
Pas sebenarnya tidak perlu diingatkan tentang keperitan menerima hakikat kerajaan pilihan rakyat dalam pilihan raya tumbang kerana wakil rakyat khianat.
Pas mempunyai banyak pengalaman sendiri, khususnya di Terengganu awal 1960-an, Perak 2009.
Di Kelantan, darurat bermotif politik diisytihar pada 1977 dan bila ada pilihan raya negeri, Pas tinggal “dua kerusi batu nesan”.
Penghujung tahun 2005 di Kelantan, selepas satu pilihan raya kecil di Pengkalan Pasir, majoriti Pas dalam Dun hanya tinggal satu kerusi apabila calon Umno menang dalam PRK, itu pun ada Adun Pas yang menang dengan kelebihan dua undi pada PRU2004; jenuh juga Tok Guru MB, Almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat “kepung” Adun-Adun Pas agar kerajaan negeri tidak tumbang di pertengahan jalan.
Maknanya, Pas amat faham deritanya apabila kerajaan yang disokong rakyat dalam PRU, tiba-tiba runtuh kerana pembelotan atau “hasil rundingan misteri”. Penyokong dan pendukung parti boleh menerima kekalahan dalam pilihan raya kerana itu pilihan rakyat, namun apa maknanya demokrasi jika parti yang menang jadi pembangkang, manakala pihak yang kalah pula jadi kerajaan.
Di mana kuasa rakyat untuk menentukan pemerintahan? Prinsip paling asas dalam demokrasi telah dicabuli.
Sia-sia sahaja kempen berbulan-bulan (sebelum Dewan dibubarkan lagi) dan jelajah ke seluruh pelosok tanah air, menjelaskan kandungan manifesto, dan para pengundi pula berpanas menunggu giliran di pusat mengundi, jika akhirnya yang menguasai pentadbiran kerajaan adalah hasil komplot di antara elit-elit politik opurtunis.
Tetapi hari ini, Pas pula jadi penggerak utama menjatuhkan kerajaan negeri Kedah yang mendapat sokongan rakyat dalam PRU14. Dengan jumlah kerusi Dun paling banyak, Pas berada di pihak paling selesa boleh membuat tawar-menawar.
Jika selama ini kerajaan Pas menjadi sasaran untuk dijatuhkan, sekarang Pas pula menyusun perancangan dan strategi untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang belakang itu.
Dan Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut menjadi saksi dan lokasi pertemuan bersejarah, menghimpunkan gerombolan pengkhianat dan opurtunis politik memuktamadkan agihan “ghanimah”.
Lebih ironi, ia berlaku selangkah menjelang 10 hari-hari akhir Ramadan ketika umat Islam di planet ini bersiap-siap untuk menikmati pesta ibadah dan ketika negara kita masih diamuk pandemik koronavirus serta musim perintah kawalan pergerakan (PKP) belum diangkat lagi. Disiplin penjarakan sosial pun tidak dihormati ….
Ada rakan mengirim soalan kepada saya, “cuba saudara bayangkan, jikalau kerajaan Pas sendiri tumbang kerana ada Adunnya yang khianat, apa agaknya cemuhan yang dihamburkan ke atas wakil rakyat yang menyebabkan kerajaan Islam itu runtuh, apa panggilan jelik yang dilemparkan?”
Saya tidaklah menyalahkan Pas sepenuhnya di atas episod pembentukan kerajaan “tebuk atap” ini
. Seperti saya rakamkan dalam penulisan terdahulu, realiti “kudeta tanpa darah” ini hanya mengesahkan Pas seperti juga parti politik lainnya, sentiasa menghidu peluang dan kesempatan untuk berkuasa, tanpa menunggu pilihan raya.
Prinsip perjuangan Islam yang dilaungkannya dan kompas akhlak yang didakwa menjadi pedomannya mudah lebur apabila bertembung dengan kepentingan diri. Amanah rakyat boleh disepak-terajang begitu sahaja.
Mereka tidak terasa sensitif lagi walaupun kepercayaan pengundi telah dinodai. Dikhuatiri aksi Pas itu turut menyuntik rasa jengkel masyarakat terhadap kelompok politikus yang selama ini dianggap golongan oportunis licik menyambar setiap kesempatan tanpa berpegang kepada prinsip lagi.
Mungkin di masa depan sebilangan masyarakat akan memandang sinis proses pilihan raya.
Saya cuba membayangkan situasi baharu pentadbiran negara dan negeri, apabila Pas kini menjadi komponen penting kerajaan. Sejauh mana agenda pembaharuan bersifat Islami dapat dilaksanakan.
Sejauh mana kritikan lantang selama ini dapat diterjemah dalam bentuk polisi dan rancangan kerajaan yang bermanfaat untuk semua rakyat.
Bukannya kita mahu terlalu cepat menilai dan menghukum, tetapi selepas dua bulan menjadi anggota Kabinet, belum pun terdengar apa-apa perubahan atau rancangan jangka panjang dan jangka pendek demi kesejahteraan umum. Sekurang-kurangnya melibatkan kementerian yang diterajui Pas.
Mungkin kita akan melihat kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu yang dikawal sepenuhnya Pas dapat melaksanakan impian selama ini apabila tiada lagi halangan kerajaan pusat seperti dahulu.
Undang-undang Hudud yang sudah lama diluluskan Dun berkenaan hanya menunggu masa diimplementasi. Mungkin juga kita akan mendengar alasan penangguhan serta justifikasi tertentu dan boleh sahaja menerimanya, sambil menunggu pembaharuan lain yang lebih praktikal, termasuk menyangkut kepentingan rakyat.
Sekurang-kurangnya dizahirkan komitmen lebih jelas perubahan yang ingin dicapai dalam tempoh terdekat. Misalnya, apakah sikap Pas terhadap kes-kes mahkamah VVIP tertentu yang dikaitkan dengan isu-isu kleptokrasi dan korupsi bertaraf mega, yang kini dibimbangi cuba “diuruskan secara politik”.
Ataupun pendirian Pas terhadap ruang awam yang semakin meraikan kebebasan bersuara, dimulakan pada era PH dahulu. Rakyat pastinya termangu-mangu dengan halatuju negara khususnya apabila kerajaan Perikatan Nasional ini tidak mempunyai, atau terikat dengan, manifesto pilihan raya.
Daripada sisi lain, saya turut teruja untuk melihat saingan terdekat Pas, yakni AMANAH, sebuah lagi parti Islam, yang membawa pendekatan inklusif-progresif untuk berperanan secara efektif sebagai oposisi.
Bagaimana AMANAH mencabar idea-idea Pas atau menawar alternatif lebih baik, dalam semangat berlumba-lumba mengerjakan kebaikan, bukannya saling tuduh-menuduh. Isu-isu seperti ketelusan, urustadbir yang baik, kebebasan, integriti, keadilan, hak asasi, kesenjangan kaya-miskin, kelestarian alam, memerangi korupsi dan nepotisme, dapat menggantikan perang persepsi yang selama ini lebih tertumpu kepada sentimen perkauman-keagamaan sempit.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.