Wartawan veteran A Kadir Jasin hari ini menyorot rakaman suara
yang dikatakan mirip Muhyiddin Yassin yang dipercayai dirakamkan pada
mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu sebelum parti itu bertindak
meninggalkan Pakatan Harapan (PH) pada Februari lalu.
Katanya,
rakaman audio itu membuktikan bahawa pada mesyuarat Majlis Pimpinan
Tertinggi (MPT) 23 Februari lalu, keputusan untuk keluar dari PH belum
dimuktamadkan, namun pada hari sama juga, Langkah Sheraton dilaksanakan.
“ Frasa kunci di sini ialah - kita bagi mandat penuh kepada Tun (Dr Mahathir Mohamad)."
“Jelas
mesyuarat MPT pada 23 Februari belum buat keputusan keluar PH. Tetapi
malam itu juga Gerakan Sheraton dihebahkan yang melanggar keputusan MPT
seperti yang Muhyiddin sendiri simpulkan di atas.
“Di pihaknya, Dr Mahathir merayu diberikan sedikit masa dan tidak dipaksa melanggar prinsip dan mungkir janji beliau kepada PH.
“Tetapi
bagi Muhyiddin dan penyokongnya, mesyuarat MPT 23 Febuari adalah
sekadar memaklumkan rancangan yang telah beliau dan Mohamed Azmin Ali
persetujui dengan pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam
kenyataan itu, Kadir turut mencoretkan transkrip rakaman audio
berkenaan, yang menunjukkan suara mirip Muhyiddin berkata memberi mandat
penuh kepada Dr Mahathir soal Bersatu keluar daripada PH.
Suara
tersebut turut menyatakan menaruh kepercayaan penuh kepada
kebijaksanaan Dr Mahathir dan akan menuruti apa yang diminta bekas
perdana menteri itu.
Sumber-sumber memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa rakaman yang dibocorkan di laman web pro-Mahathir itu asli.
Penyebaran
rakmaan itu berlaku selepas ketua penerangan Bersatu, Radzi Jidin
mendakwa keputusan telah dibuat dalam mesyuarat berkenaan dan Mahathir menyokong keputusan meninggalkan PH sebelum berubah fikiran.
Kata Radzi, keputusan keluar daripada PH telah dimuktamadkan oleh MPT pada mesyuarat 23 Februari berkenaan.
Pada
malam 23 Februari, Muhyiddin dan pemimpin Bersatu yang lain telah
berkumpul dengan kumpulan yang diketuai bekas timbalan presiden PKR,
Azmin Ali, pemimpin Umno dan PAS di Hotel Sheraton di Petaling Jaya,
dalam apa yang dikenali sebagai "Langkah Sheraton".
Ini
mencetuskan krisis politik selama seminggu setelah Mahathir meletakkan
jawatan sebagai perdana menteri, dan berakhir apabila Muhyiddin
mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Perikatan Nasional (PN) pada 1
Mac.
Mahathir mendakwa Muhyiddin dan penyokongnya mengabaikan
hasratnya untuk kekal berada dalam PH berikutan mesyuarat majlis
presiden gabungan itu pada 21 Februari.
Untuk rekod, Muhyiddin
membawa Bersatu keluar daripada PH pada 24 Februari, hari yang sama Dr
Mahathir mengumumkan meletak jawatan sebagai perdana menteri.
Frasa kuncinya, Muhyiddin ikrar ‘kita bagi mandat penuh kepada Mahathir’
Reviewed by editorreformis
on
Mei 13, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
PETALING JAYA: Selepas 10 tahun, pertandingan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden mungkin dipertandingkan buat pertama kali pada pe...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.