Sultan
Perak Sultan Nazrin Shah bertitah bahawa kerajaan negeri baru yang
diberi perkenan untuk ditubuhkan, harus melaksanakan amanah dengan jujur
dan berintegriti.
“Kepercayaan beta yang mahukan sebuah
pentadbiran yang amanah dan berintegriti hendaklah senantiasa dijunjung;
harapan rakyat yang mahukan barisan pemimpin yang bersih dan tidak
menyalahgunakan kuasa, wajib dipenuhi.
“Berpada-padalah berpolitik, berpolitik biar ada sempadannya.
“Kebajikan
rakyat jangan dikorbankan dan masa hadapan negeri jangan dimusnahkan
kerana kepentingan peribadi, kerana percaturan politik yang keterlaluan,
atau kerana dorongan sifat tamak dan haloba untuk mengumpulkan kekayaan
diri, bagaikan tidak mengenal batasan,” titah baginda.
Sultan
Nazrin berkata demikian ketika menyampaikan titah diraja dalam
perasmian mesyuarat DUN Perak pertama di bawah pentadbiran kerajaan baru
Perikatan Nasional (PN) yang ditubuhkan Mac lalu.
Kerajaan PN di
Perak terdiri daripada 25 Adun Umno, empat dari Bersatu dan tiga dari
PAS. Ahmad Faizal dilantik semula sebagai menteri besar oleh Sultan
Nazrin pada 13 Mac lalu, meskipun Bersatu merupakan parti minoriti dalam
PN.
Covid-19 satu bencana
Berhubung
pandemik Covid-19 pula, Sultan Nazrin menyifatkannya sebagai satu
bencana dan menitahkan agar rakyat negeri itu bersedia melakukan
pengubahsuaian dalam gaya hidup.
“Budaya kerja dalam hasrat
membendung penularan dan meminimumkan pendedahan kepada virus, pastinya
akan mengubah tingkah laku dan norma sosial, bakal melahirkan 'kebiasaan
baru’ atau new normal.
“Cara bekerja, cara berurus niaga, cara
mengurus kewangan, cara beribadah, cara keraian, cara berekreasi dan
cara menjalani kehidupan seharian akan berubah.
“Minda warga
hendaklah bersedia melakukan pengubahsuaian untuk menerima budaya kerja,
budaya sosial dan budaya hidup yang baru,” titahnya lagi.
Sultan
Nazrin juga menyebut perkara positif mengenai kualiti alam sekitar yang
dilaporkan, di sebalik kerumitan yang timbul ekoran penguatkuasaan
perintah kawalan pergerakan (PKP).
“Bumi bagaikan berada dalam tempoh berehat dan pemulihan.”
Titah
baginda lagi, situasi tersebut ibarat menjadi “loceng amaran” terhadap
kealpaan yang mungkin telah berlaku sebelum ini terhadap pengurusan alam
sekitar.
“Pemuliharaan alam sekitar wajib diutamakan dan tidak
boleh lagi dikompromikan. Tindakan penguatkuasaan yang tegas dan pantas
untuk memastikan kelestarian alam sekitar hendaklah dilaksanakan oleh
agensi-agensi yang bertanggungjawab,” titah baginda lagi.
Jadilah
pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber
maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia
yang lebih baik.
K'jaan baru Perak perlu jujur, berintegriti - titah Sultan Nazrin
Reviewed by editorreformis
on
Mei 12, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
PETALING JAYA: Selepas 10 tahun, pertandingan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden mungkin dipertandingkan buat pertama kali pada pe...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.