Muhyiddin pertahan ‘Langkah Sheraton’ hingga takut sidang Parlimen
Tindakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengehadkan hanya
‘Titah Diraja’ sahaja dalam sidang Dewan Rakyat 18 Mei ini membayangkan
ketakutan kerajaan sekarang dalam mempertahankan ‘Langkah Sheraton’.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dalam kenyataannya berkata, dalam ‘ketakutan’ PM terhadap usul persendirian Langkawi beliau telah menggadaikan keperluan usul kerajaan sendiri yang merupakan satu keutamaan.
Padahal katanya, Ahli Parlimen turut menanti usul dari kerajaan untuk dibahaskan secara sehat demi mencapai konsensus untuk negara.
“Saya berkeyakinan kerajaan PN telah hilang fokus kerana keutamaannya adalah untuk mempertahankan kewajaran ‘Langkah Sheraton’ daripada membahaskan krisis covid secara bersama di Parlimen Malaysia,” katanya.
Sidang Parlimen yang beberapa kali telah ditangguhkan sejak 1 March oleh kerajaan PN kini telah menghadkan pula persidangan 18 Mei kepada Titah Ucapan YDPA sahaja tanpa berbahas apa-apa usul wa imma dari usul kerajaan sendiri.
“Jelaslah sidang 18 Mei ini hanya memenuhi kehendak peraturan dan tidak kena mengena hasrat kerajaan PN untuk gunakan peluang persidangan untuk membahas kepentingan besar negara semasa krisis.
“Ia satu langkah primitif ke belakang dan sekaligus menjejaskan kewibawaan institusi parlimen negara,” kata Naib Presiden AMANAH itu.
Sebagaimana yang lalin, sebagai ahli parlimen Mujahid berkata, beliau dikejutkan dengan surat dari Parlimen Malaysia yang memaklumkan persidangan pada 18 Mei hanya terbatas kepada titah YDPA sahaja dan kemudian sidang ditangguhkan tanpa perbahasan.
“Saya menganggap arahan di atas permintaan PM sendiri selaku Pengerusi Dewan adalah perbuatan yang telah MENSIAKAN tujuan parlimen yang merupakan cabang terpenting legaslatif setelah eksekutif dan kehakiman,” katanya.
Apatah lagi, kata beliau, dalam suasana negara mengalami krisis Covid-19, banyak perkara yang perlu dibahaskan demi memastikan negara BERSATU dalam menangani krisis ini.
“Apakah PM takut dengan usul Langkawi yang menggunakan haknya untuk satu usul undi tidak percaya kepada beliau sedangkan amalan di Parlimen Komanwel adalah sentiasa mendahulukan usul kerajaan dari usul persendirian,” kata beliau.
Sepatutnya, kata beliau, PM menumpukan kepada agenda lebih besar negara melalui perbahasan yang sehat untuk membuktikan SOLIDARITI wakil rakyat kepada krisis yang dihadapi oleh negara di saat ini.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.