PKR perlu mengambil tindakan lebih tegas terhadap pimpinan yang berpotensi mengkhianati parti, kata Ketua AMK Akmal Nasir.
Menurutnya,
ini bagi mengelakkan parti berdepan dengan ahli-ahli yang hanya
menggunakan parti untuk kepentingan diri sendiri, terutamanya pada
pilihan raya umum (PRU15) akan datang.
“Bagi saya, parti perlu
lebih tegas. Terbukti masih ada lagi kadang-kala (ada yang) keluar
kenyataan yang begitu songsang dengan keputusan parti.
“Dan
mereka yang tiada kekuatan dalam PKR pun hanya masih anggota, tetapi
guna nama Keadilan itu untuk serang Keadilan (sesama sendiri).
“Bagi
saya, masih banyak pembersihan yang perlu dibuat PKR supaya bila masuk
pilihan raya yang akan datang, mereka yang ada kepentingan seperti ini
atau pun yang nak gunakan taktik percaturan lawan, kita dapat
elakkanlah.
“Kita tak nak bila masuk pilhan raya mereka tukar side dan sebagainya, yang tak bantu PKR mahupun PH itu sendiri,” katanya ketika ditemubual oleh Malaysiakini di pejabatnya di Johor Bahru pada Jumaat (15 Mei).
Kerajaan
PH runtuh pada akhir Februari selepas Muhyiddin Yassin membawa Bersatu
keluar dari gabungan itu dan bergabung bersama sepuluh MP PKR yang
berpaling tadah diketuai oleh bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin
Ali.
Sementara itu, pada 12 Mei lalu, dua Adun PKR di Kedah, Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam) dan Azman Nasrudin (Lunas) mengumumkan keluar daripada parti itu, dan menjadi Adun bebas yang menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
“Saya
yakin mereka yang tinggalkan (parti) sama ada secara sidang media
sebelum sesuatu perkara tu berlaku hanya untuk memancing habuan yang
lebih besar dengan harapan bila terbentuk kerajaan, mereka diberi
peluang untuk terus berperanan atau dapat ganjaran,” katanya.
Beliau
berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai sokongan terhadap
PKR untuk PRU akan datang selepas beberapa negeri telah bertukar kuasa
kepada PN.
Bagaimanapun, Akmal berkata terdapat tiga negeri yang
mampu bertahan di bawah PH iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri
Sembilan.
Tak mudah berdepan dengan “kartel”
Sebagai
ketua Pemuda AMK, Akmal berkata tanggungjawab itu bukan mudah baginya
apabila terpaksa berdepan dengan kumpulan bekas timbalan presiden PKR
Mohamed Azmin Ali, yang turut dikenali sebagai kartel.
Anggota
Parlimen Johor Bahru itu berkata, ianya bukan sekadar perbezaan pendapat
antara kumpulan Azmin, malah dari segi prinsip sudah jauh tersimpang
dari perjuangan parti.
Jelasnya, apabila pengkhianatan sedemikian
berlaku diikuti dengan pengumuman secara terang-terangan keluar parti,
Akmal berkata biasanya ia kerana mereka mempunyai kepentingan jawatan
yang ditawarkan seperti jawatan menteri.
Bagaimanapun,
dakwa Akmal lagi, terdapat juga pemimpin PKR yang menyerang organisasi
secara terbuka sebagai jalan supaya mereka dibuang daripada parti.
“Cuma
pandangan dari AMK, kami beranggapan bahawa memang perlu diberi ruang
kemaafan sekiranya berlaku keinsafan atau mereka yang kesal dengan apa
yang berlaku.
“Tetapi PKR perlu ambil pendirian yang lebih tegas
sebab kekhuatiran bukan hanya di kalangan pimpinan, bukan hanya di
kalangan akar umbi PKR, malah rakyat biasa yang mungkin terpalit
sekiranya berlaku pengkhianatan sekali lagi,” katanya.
MP PKR: Waspada pengkhianatan kedua pada PRU15
Reviewed by editorreformis
on
Mei 19, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
PETALING JAYA: Selepas 10 tahun, pertandingan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden mungkin dipertandingkan buat pertama kali pada pe...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.