https://critoxium.com/shop/

Terkini

Gamat sekejap, Speaker dan timbalan masuk lewat

Sidang Parlimen sesi petang berlangsung sedikit gamat apabila Dewan Rakyat bersidang lewat tujuh minit dari masa yang sepatutnya.

Ketika Ahli-Ahli Parlimen sudah memenuhi ruang Dewan Rakyat, kelibat Yang Dipertua Dewan Rakyat dan timbalannya didapati masih belum kelihatan.

Ekoran itu, RSN Rayer (PH-Jelutong) mempersoal di mana Speaker ketika Ahli Parlimen Pagoh sudah pun masuk ke dalam Dewan.

“Kalau Perdana Menteri boleh datang awal, kenapa Speaker tak boleh sampai. Sekarang Speaker dan timbalan Speaker pun tak ada.

“Malulah Arau. Hormatlah Pagoh. Dah cakap jangan tukar Speaker,” bidasnya.

Pemernatian mendapati jam 2.37 baru kelihatan Timbalan Speaker, Datuk Seri Azalina Othman Said memasuki Dewan Rakyat.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.