Umno Terengganu Bertanding Satu Kerusi Parlimen ?
Oleh Mohd Yusri Ibrahim
Selain MB Terengganu dan Naib Presiden Pas, YAB Dato Seri Dr Samsuri juga merupakan ketua perunding pembahagian kerusi bagi pihak Pas.
Tugas beliau adalah berunding dan menyelaras agihan kerusi2 yang akan ditandingi PRU15 nanti bersama rakan2 komponen PN, khususnya Umno dan Bersatu.

Atas kapasiti sebagai
ketua perunding agihan kerusi bagi pihak Pas, Dr Sam mengesahkan bahawa
Pas akan mempertahankan semua enam kerusi parlimen di Terengganu yang
dimenangi dalam PRU14 lepas.
Pengesahan tersebut ditegaskan semasa beliau menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Dungun pagi tadi, pengumuman yang disambut laungan takbir oleh hadirin.
Dengan penegasan tersebut, sekarang hanya berbaki dua kerusi untuk ditandingi oleh Umno dan Bersatu di Terengganu, iaitu Besut dan Hulu Terengganu.
Kedua-dua kerusi tersebut dimenangi oleh Umno dalam PRU14 lepas, Idris Jusoh di Besut dan Rosol Wahid di Hulu Terengganu.
Namun kemudiannya Rosol Wahid keluar Umno dan menyertai Bersatu, sekarang bersatus Timbalan Menteri KPDNHEP.
Adakah Umno Terengganu akan memberi laluan untuk Bersatu bertanding kerusi Hulu Terengganu dan parti keramat itu hanya bertanding satu kerusi di Terengganu iaitu parlimen Besut?
Inilah yang menariknya politik negeri keropok lekor ini.
Terengganu negeri cantik, orang baik2, politiknya menarik.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.