Timbalan
Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa agar semua projek rundingan
terus yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan sewaktu
pentadbiran PH disenaraikan kepada umum.
Ia susulan kenyataan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam bahawa sejumlah 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion diluluskan oleh kementerian tersebut sewaktu pentadbiran kerajaan PH.
Tuan
Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, kenyataan itu
pastinya mengejutkan rakyat memandangkan PH selama ini melaungkan
prinsip tender terbuka, termasuk dalam manifestonya.
“Rakyat tentu
terkejut dengan pendedahan tersebut, kerana selama ini PH melaungkan
slogan tiada projek runding terus, bahkan dalam manifesto PH semua
projek akan dibuat secara tender terbuka.
“Sikap hipokrit PH ini semestinya tiada tandingan meskipun mereka sering menuduh orang lain.
"PAS
menggesa agar semua projek runding terus yang telah diluluskan, kos
projek dan kontraktor yang memperolehi projek tersebut disenaraikan
untuk tatapan umum," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tengku Zafrul
Tengku
Zafrul membangkitkan perkara itu ketika penggulungan RUU
Langkah-langkah sementara bagi pembiayaan kerajaan (penyakit koronavirus
2019) Covid-19 2020 di Dewan Rakyat semalam.
Perkara itu
membuatkan sidang menjadi gamat dan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng
bangun dan berkata dia terbuka jika senarai penerima tender rundingan
terus itu didedahkan.
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (PH - Port
Dickson) kemudian bangun mempertahankan Lim dengan bersetuju supaya
senarai tersebut diumumkan.
“Saya setuju supaya semua senarai kontrak tanpa tender dihebahkan kepada awam dan semasa PH atau semasa PN,” kata Anwar.
Guan Eng juga cabar menteri senaraikan
Dalam
satu hantaran Facebook semalam, Lim berkata pentadbiran PH mengamalkan
tender terbuka melainkan pengecualian berdasarkan syarat-syarat
tertentu.
“...Seperti
perolehan masa krisis atau bencana alam, perolehan yang berkepentingan
nasional dan melibatkan keselamatan negara, kepakaran khusus yang
diperlukan dan sebagainya,” katanya.
Lim Guan Eng
Ahli
Parlimen Bagan itu turut mencabar Tengku Zafrul untuk mendedahkan
senarai penuh secara langsung bukan sahaja oleh PH, malah Perikatan
Nasional (PN) dan BN ketika mentadbir negara.
“Tengok kroni-kroni
siapa yang dapat projek. Atau takut kalau terbongkar nanti bahawa
perdana menteri dan menteri-menteri 'pengkhianat' pun ada minta tender
'direct award' daripada saya semasa menjadi menteri kewangan?" dakwanya.
Sementara
itu, Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Mohd Razlan Rafii menggesa
kerajaan PN agar membatalkan semua tender-tender tersebut.
"Bagaimana
mungkin dengan hanya 22 bulan, kerajaan PH boleh menilai sebanyak 101
projek dilaksanakan secara rundingan terus...Kerajaan PH telah berikan
tender terus kepada syarikat berkepentingan dengan kerajaan PH,"
dakwanya, yang turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) menyiasat perkara itu.
Pemuda Umno Kelantan juga menggesa SPRM membuka siasatan terhadap rundingan terus yang didakwanya melibatkan Lim.
Ketuanya Noor Hariri Mohamed Noor berkata ia bagi memberi pengajaran kepada pemimpin politik lain.
"Kami
sependapat dengan ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki untuk
mendesak SPRM membuka siasatan baru terhadap Lim, seterusnya memberikan
bukti kukuh kepada peguam negara untuk mendakwanya di mahkamah," katanya
dalam kenyataan.
PAS: Senarai semua projek RM6.61 bilion rundingan terus PH
Reviewed by editorreformis
on
Ogos 25, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Pakatan Nasional yang dikaitkan dengan pembentukan kerajaan campuran membabitkan Bersatu, Umno dan PAS hanya wujud di kayangan, kata pe...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.