Apabila Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah menyatakan kesediaan partinya bertanding di Sabah dengan menggunakan apa saja logo, tidak ramai yang menyangka ia merupakan langkah terkedepan yang sangat jauh.
Ketika
orang membayangkan calon-calon PAS terpampang wajahnya di poster dengan
lambang dacing BN atau Perikatan Nasional, Abdul Hadi Awang tetap
dengan bergaya dan tenang.
Memang begitulah. Bila masa Abdul Hadi tidak tenang, kan?
Nah,
di situlah kejutan pertama PAS mencengkam jantung Pakatan Harapan.
Tanpa diduga, PAS dengan bergaya membuat kejutan yang bukan kepalang.
Dengan
kepintaran pemimpin parti itu yang dapat membaca gerak langkah musuh
sehingga 10 tahun ke depan. Ketika orang ramai menanti-nanti deretan
wajah 10 calon PAS bertanding di bawah naungan dacing atau PN, Abdul
Hadi mematikan langsung impian berkenaan.
Tiada seorang pun calon
PAS dipertaruhkan. Padan muka PH, terutama DAP. Itu adalah salah satu
bukti bagaimana kepintaran PAS berpolitik di Sabah. Ketika PAS sangat
berpotensi untuk muncul sebagai parti yang dominan di Negeri Di Bawah
Bayu itu, mereka melakukan langkah penuh berstrategi untuk tidak
bertanding.
Pedulilah pengakuan Tuan Ibrahim Tuan Man yang
menceritakan bagaimana PAS berunding dengan rakan-rakan mereka dalam BN
dan PN untuk mencari kerusi. Bahawa beliau sendiri mengaku PAS sendiri
mendesak diberikan laluan, itu tidaklah menafikan bahawa parti itu
memang berpandangan sangat jauh.
Ia
dirumuskan dengan begitu sempurna apabila menteri kanan berkenaan
menjelaskan dengan lebih lanjut bahawa tanpa satu pun kerusi - walaupun
awalnya PAS membayangkan mahu bertanding sehingga 10 kerusi - mereka
berjaya mengalahkan perangkap musuh.
Nah, itulah satu lagi bukti
bahawa PAS memang parti yang sentiasa dipandu oleh akal yang sihat
sehingga berjaya menghidu perangkap dengan sangat baik. Jarang ada parti
yang mendapat keistimewaan sebegitu dalam dunia ini.
Bertanding di semua kerusi
Bagaimanapun
pada masa sama orang ramai diberitahu bahawa tanpa satu calon
diturunkan pun PAS tetap bertanding. Ia dikisahkan oleh seorang anggota
Jawatankuasa Pusat PAS yang juga setiausaha Tuan Ibrahim sendiri, Dr
Mohd Zuhdi Marsuki.
Kurang lebih mengikut kata Mohd Zuhdi,
mana-mana calon Umno, Bersatu atau parti komponen BN dan PN yang
bertarung dalam PRN Sabah kali ini, itulah calon PAS.
Ia sudah
tentu dapat difahami jika kita melihat kepada pengalaman PAS dalam
politik selama ini. Selepas lebih 60 tahun bergerak dalam bidang siasah
yang serba mencabar, antara pencapaian terbaik dapat dicapai ialah
bertanding di semua kerusi yang ada.
Daripada sasaran bertanding
di 10 kerusi, kini PAS 'bertanding' di 73 kerusi. Bayangkan kemanisan
perjuangan parti itu selama ini rupa-rupanya dikecapi di Sabah.
Lebih manis, PAS mengalami keadaan itu benar-benar di bawah teduhan lembayung lambang BN dan PN.
Ia
pasti peluang yang sangat bermakna buat petugas dan jentera PAS yang
dikerah untuk memenangkan semua calon mereka hujung bulan ini. Berkempen
dari rumah ke rumah atau berceramah, tentulah dengan dua logo
berkenaan.
Maka jika siang mereka akan berjalan di bawah
bayang-bayang logo BN dan PN. Jika malam, mereka akan berjuang dengan
sapuan manja udara Sabah dan bayang-bayang lambang yang sama jua.
Bayangkan betapa berganda-gandanya kekecewaan PH dengan kelincahan PAS kali ini.
Pelaburan demi pelaburan
Pada
masa sama Bersatu dan BN seluruhnya jangan berlapang dada sangat. Apa
sangatlah 73 kerusi yang ada di Sabah berbanding 222 kerusi parlimen dan
lebih 500 kerusi dewan undangan negeri lain.
Angin-angin yang
bertiup dari Kota Bharu hujung minggu lalu sudah mengkhabarkan bahawa
PAS melihat langkah mereka di Sabah bukan langkah biasa. Ia kira-kira
semacam suatu 'pelaburan' juga. Dan PAS sudah menghantar isyaratnya
sehari dua ini.
Dan bukanlah aneh untuk PAS dengan sifir begitu.
Ia pernah dilakukan oleh mereka sebelum ini dengan jayanya. Misalnya
sebelum PRU ke-14 lalu. Berapa banyak pelaburan yang berlangsung
tidaklah kita ketahui dengan jelas tetapi diyakini ia ada.
Selepas
kerajaan baru muncul dengan jatuhnya PH, PAS melabur lagi. Ia
mewujudkan Muafakat Nasional dengan Umno sebelum ini, dan ia bersekutu
dengan PN selepas itu.
Kalau bukan 'pelaburan' apakah lagi istilahnya untuk langkah tersebut?
Sudah tentu pada akhirnya PAS menginginkan bulan jatuh ke riba. Ia adalah impian yang adil dan wajar.
Cuma PAS perlu ingat bahawa tidak semua orang membayangkan hal itu buat masa ini.
Justeru
PAS juga berdepan dengan pelbagai kemungkinan pada waktu depan. Di
sebalik wawasan mereka yang begitu jauh, masih ada ruang untuk berlaku
hal-hal yang tidak diingini.
Jika ia berlaku, jadilah seperti
pungguk merindukan bulan. Atau seperti menanti buah yang tak gugur. Atau
seperti menunggu-nunggu menteri ingkar kuarantin dikenakan tindakan
lebih keras daripada 'kompaun manja' atas keingkarannya.
AL-ABROR MOHD YUSUF ialah wartawan Malaysiakini yang suka memandang bulan.
Menanti purnama merebah ke riba
Reviewed by editorreformis
on
September 15, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Dakwaan Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berhubung cadangan kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan t...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.