PRN Sabah tetap diteruskan walaupun kes COVID-19 meningkat - Takiyuddin
TAWAU: Walaupun kes positif
COVID-19 di Sabah menyaksikan peningkatan ketika ini, Pilihan Raya
Negeri (PRN) terpaksa diteruskan, kata Datuk Takiyuddin Hassan.
Kecuali,
kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)
itu, sekiranya hasil keputusan Mahkamah Rayuan yang mencabar perkenan
Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar
Mahiruddin, memihak kepada bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman.
"Undang-undang
jelas, bahawa apabila berlakunya pembubaran Dewan, kita perlu adakan
pilihan raya dalam tempoh 60 hari, kecuali kalau sekiranya ada keputusan
di sebaliknya.
"Oleh sebab itulah, di
mahkamah sekarang ini ada dua kes. Satunya, kes yang mencabar kesahihan
pembubaran oleh TYT yang terbaru. Kes yang kedua, kes yang telah lama,"
katanya, merujuk kepada kes tahun 2018.
Mahkamah Rayuan semalam menangguhkan prosiding rayuan
33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, termasuk Musa, untuk
menggantung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkaitan pembubaran
DUN oleh TYT pada 30 Julai lepas.
Hakim menetapkan prosiding berkenaan disambung hari ini.
Namun,
kata Takiyuddin, bagi meneruskan PRN Sabah, kerajaan harus menyediakan
satu kaedah yang lebih selamat bagi memastikan tiada penularan COVID-19
berlaku di kalangan pengundi.
Tetapi, tambah beliau yang juga Setiausaha Agung Pas, ia pasti akan melibatkan kos yang sangat tinggi.
"Pokoknya, mahu atau tidak mahu, kerajaan perlu membuat persiapan walaupun di zaman COVID ni.
"Saya
pernah jawab di dalam Parlimen, jika sekiranya di seluruh negara
dibubarkan Dewan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), kita terpaksa
menyiapkan satu peruntukan yang begitu tinggi.
"Kalau
pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kita membelanjakan sekitar RM500 juta,
masa ini, kalau
seluruh Parlimen dan DUN di Malaysia ini dibubarkan,
kita perlu sekitar RM1.2 bilion," katanya.
Takiyuddin
berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Makan Malam
Perdana Pas yang dihadiri perwakilan dari seluruh negeri Sabah di Dewan
Hotel Royal Borneo, malam tadi.
Turut
hadir, Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim, Pesuruhjaya Pas
Sabah Aminuddin Aling dan Yang DiPertua Pas Tawau Mohamad Husain.
Pas turut mensasarkan beberapa kerusi DUN untuk ditandingi di Sabah pada kali ini, yang akan diumumkan dalam waktu terdekat.
Suruhanjaya Pilihan Raya pada 17 Ogos lalu menetapkan 26 September ini sebagai tarikh PRN Sabah ke-16.
Sehingga
Isnin, daerah Tawau mencatatkan 7 kes baharu dan sebanyak 16 kes sedang
dirawat di hospital. Manakala daerah Lahad Datu pula mencatatkan 44
kes baharu dan 52 kes sedang dirawat di wad.
Jumlah
kes yang sedang dirawat di hospital seluruh Sabah ialah sebanyak 70,
turut melibatkan masing-masing satu kes di Kinabatangan dan Semporna.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.