Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man meluahkan rasa kecewa
apabila ada pihak, termasuk dalam parti dan sekutunya, yang menganggap
agenda perjuangan parti itu tidak sesuai di Sabah dan Sarawak.
Anggota Parlimen Kubang Kerian itu menegaskan agenda yang dibawa oleh PAS sesuai untuk semua kaum dan agama.
"Sebab itu saya dukacita bila ada pimpinan...rakan-rakan kita menyebut PAS tak sesuai di Sarawak dan sebagainya.
"Kita
melihat agenda perjuangan yang kita bawa ini sesuai untuk semua agama,"
katanya dalam ucapan penangguhan pada Muktamar PAS ke-66, di Kota
Bharu, hari ini.
Terdahulu
isu ketiadaan calon PAS dalam PRN Sabah hangat diperkatakan apatah lagi
selepas dilaporkan menyasarkan untuk bertanding di 10 kerusi di negeri
itu.
Terdahulu, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Jeffrey Kitingan berkata keputusan tersebut disebabkan sentimen di peringkat akar umbi.
Hari ini pula seorang perwakilan dari Sabah ketika sesi perbahasan tengah hari tadi mengingatkan pimpinan agar berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang dibimbangi tidak sesuai dengan masyarakat di Borneo.
Aliakbar
Menurut
Setiausaha PAS Sabah Dr Aliakbar Gulasan, kenyataan seumpama itu
mungkin tiada masalah di negeri lain tetapi tidak sesuai di Sabah dan
Sarawak, dan pihaknyalah yang perlu berdepan dengan masyarakat di sana.
Dalam
pada itu, Tuan Ibrahim menggesa PAS perlu menerjemahkan agenda
perjuangannya di saat menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan.
"PAS mesti menjadi juara dalam menentang penyelewengan rasuah kerana PAS parti paling berintegriti," katanya lagi.
Dalam
perkembangan lain, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menjelaskan
berlaku kemerosotan dalam pendaftaran ahli baru PAS pada tahun ini
susulan wabak Covid-19.
Menurutnya, sehingga September tahun ini seramai 29,504 sahaja keahlian baru dicatatkan berbanding 46,560 sepanjang tahun lalu.
"Kempen
untuk menarik keahlian akan kembali dijalankan dengan giat dan cuba
meningkatkan bilangannya dalam tempoh tiga bulan akan datang.
"Jumlah
keahlian PAS (yang dicatatkan) hingga 20 Ogos adalah 806,159 dan ia
membabitkan yang aktif sahaja kerana setiap tahun pejabat agung membuat
pemutihan, yang tak aktif ramai, jika termasuk bilangannya melebihi 1
juta," katanya.
Menurutnya, keahlian dari Kedah paling tinggi
direkodkan iaitu seramai 170,342 orang, diikuti Kelantan (131,362) dan
Terengganu (110,087)
Tuan Ibrahim kecewa PAS dianggap tak sesuai di Sabah, S'wak
Reviewed by editorreformis
on
September 14, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Demi Allah. Inilah pertama kali dalam hidup aku menangisi perletakan jawatan seorang menteri di Malaysia Ketat dada, sebak, dan akhirnya m...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.