https://critoxium.com/shop/

Terkini

Takiyuddin dedah surat jemputan Bersatu sertai MN timbul tanda tanya

 


KUALA LUMPUR, — Tindakan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan memuat naik foto sepucuk surat di media sosial mengundang pelbagai persoalan.

Hal ini kerana surat bertarikh 13 Ogos 2020 antara lain menjemput Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyertai gabungan politik baharu Muafakat Nasional (MN) yang terdiri daripada Umno dan PAS.

Menerusi kapsyen dimuat naik Takiyuddin, jelas menunjukkan bahawa Umno, PAS dan Bersatu sedia untuk bekerjasama mewujudkan satu gabungan politik baharu.

“Bila ada tawaran, penerimaan dan balasan, maka wujud satu ikatan kontrak antara Umno, PAS dan Bersatu dalam MN,” katanya.

Bagaimana pun, semalam Umno dan PAS mengumumkan bersetuju untuk mendaftarkan MN tanpa penyertaan Bersatu.

Selain itu, tiada makluman lanjut mengenai nasib Bersatu sama ada akan menyertai MN atau sebaliknya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.