https://critoxium.com/shop/

Terkini

DUN Kelantan lulus kenaikan gaji Adun


PERSIDANGAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini, sebulat suara meluluskan rang undang-undang untuk meminda Enakmen (Saraan) Anggota-Anggota Pentadbiran dan Ahli-Ahli Dewan Negeri 1980, bagi membolehkan kenaikan dan penyelarasan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Cadangan pindaan tersebut dibaca Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah dan disokong oleh Exco Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri Dr Mohamed Fadzli Hassan.

“Pindaan ini dikemukakan berikutan faktor masa kini yang mencabar, kepada anggota-anggota pentadbiran dan ahli-ahli dewan negeri.

“Rang undang-undang ini juga sebagai satu penyelarasan elaun antara anggota-anggota pentadbiran dan ahli-ahli dewan negeri dengan negeri-negeri lain di Malaysia,” kata Amar ketika mengemukakan cadangan tersebut.

Katanya selain itu tugas anggota pentadbiran dan ahli dewan negeri adalah semakin berat dan membawa harapan yang tinggi daripada rakyat, terutamanya berhadapan dengan suasana pandemic Covid-19.

Beliau berkata dengan itu kerajaan negeri mencadangkan pindaan dibuat ke atas enakmen tersebut seperti mana termaktub dalam senarai rang undang-undang yang dikemukakan.

“Adalah diharapkan cadangan yang dikemukakan ini akan mendorong anggota-anggota pentadbiran dan ahli-ahli dewan, untuk bekerja dengan lebih bertanggungjawab dan gigih dan membantu meningkatkan khidmat kepada orang ramai pada tahap yang maksimum,” katanya. – Bernama,

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.