Kerajaan PN lemah dan tidak stabil, kata Noh Omar
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar, mengakui kerajaan di bawah pimpinan Perikatan Nasional (PN) lemah dan tidak stabil.
Menurut Noh Omar, perkara itu disedari sejak awal penubuhan PN apabila melihat kepada kedudukan majoritinya.
“Lebih
tiga majoriti ketika ini, maksudnya kalau ada undian akan datang,
sekiranya empat individu tidak hadir maka kerajaan ini tidak mendapat
sokongan.
“Kalau kita lihat di dunia ini
kalau tidak silap kerajaan PN inilah yang merupakan kerajaan mempunyai
majoriti paling tipis sekali di mana hanya lebih tiga undi sahaja,”
katanya ketika mengulas mengenai Belanjawan 2021 di Parlimen pada
Selasa.
Ditanya
berhubung komitmen Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) terhadap
sokongan belanjawan, katanya, perkara itu terpulang kepada hak individu
dan tidak terikat kepada parti.
Ini
susulan tindakan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang
berketetapan untuk tidak hadir dan tidak menyokong Belanjawan 2021.
“Ini
adalah hak individu, hak ahli parlimen kerana kerajaan ini (Perikatan
Nasional) ditubuhkan antara persetujuan ahli parlimen.
“Keadaan
itu juga tidak membolehkan dia (Ku Li) dikenakan tindakan disiplin di
bawah parti seperti yang dijelaskan. Ia bukan keputusan mengikut parti,”
katanya lagi.
Dalam pada itu, Noh
berpendirian bahawa, Pilihan Raya Umum (PRU15) wajar diadakan secepat
mungkin bagi memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih sebaik
sahaja keadaan COVID-19 reda.
Katanya
lagi, sekiranya keadaan ini berterusan, ia akan turut memberi kesan
kepada pelabur luar berikutan situasi ketidaktentuan politik negara.
Terdahulu,
Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 diluluskan di Dewan
Rakyat hari ini selepas bacaan kali ketiga diputuskan menerusi undi
belah bahagian menyaksikan 111 wakil rakyat menyokong, 108 menolak dan
satu tidak hadir.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.