https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pemuda PH digesa duduk bersama, henti serang menyerang

 


Pemuda AMANAH Johor menasihatkan agar Pemuda Pakatan Harapan (PH) dapat menyelesaikan pelbagai isu yang timbul ketika ini dengan duduk bersama bagi menyatakan persefahaman dan perkukuhkan lagi gabungan PH.

Pengarah Komunikasinya, Mansor Abu Hamid berkata, AMANAH Johor menentang keras kenyataan-kenyataan yang tidak melambangkan pendirian pimpinan tertinggi parti itu.

Apatah lagi katanya, kenyataan yang melawan arus dan boleh mengeruhkan hubungan antara parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan.

“Pemuda AMANAH Johor menyokong penuh agenda utama ‘Bina Persefahaman untuk Kukuhkan PH’ sejajar dengan pendirian Pemuda AMANAH di peringkat Nasional.

“Dalam kancah politik hari ini, seharusnya Pemuda AMANAH lebih memfokuskan keutamaan rakyat lebih-lebih lagi berkenaan anak muda dan belia yang terkesan dengan bencana wabak pandemik Covid 19.

“Bagi hala tuju politik, kami mengharapkan pimpinan Pakatan Harapan, serta Pemuda Pakatan Harapan perkemaskan saf dan duduk bersama bagi menyatakan persefahaman dan perkukuhkan PH,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.