https://critoxium.com/shop/

Terkini

Anwar cabar tindakan PM nasihat Agong isytihar darurat di mahkamah

 


PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman berhubung peranan perdana menteri dalam pengisytiharan darurat dan penggantungan Parlimen.

Menurut peguamnya Ramkarpal Singh, semakan kehakiman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam adalah untuk mencabar nasihat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Perlu ditekankan di sini bahawa apa yang dicabar dalam permohonan tersebut bukannya pengisytiharan darurat, tetapi keputusan perdana menteri melalui Jemaah Menteri untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk meluluskan kaedah 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat tersebut,” kata Ramkarpal dalam kenyataan.

Beliau turut berharap supaya tarikh pendengaran permohonan dapat ditetapkan secepat mungkin.

Terdahulu, bekas ahli Umno dan PPBM Khairuddin Abu Hassan memfailkan saman terhadap Muhyiddin dengan mendakwa beliau tidak mempunyai keabsahan untuk menasihati Agong mengisytiharkan darurat.

Pada 12 Jan, Agong memberi perkenan darurat dilaksanakan hingga 1 Ogos atau hingga tarikh yang lebih awal jika angka kes Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.