https://critoxium.com/shop/

Terkini

Sultan Selangor seru sambut Thaipusam secara sederhana


 

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyeru rakyat khususnya penganut agama Hindu agar meraikan perayaan Thaipusam pada tahun ini secara sederhana.

Menerusi Perutusan Sambutan Thaipusam 2021 pada Rabu, Sultan Selangor turut mengingatkan mereka yang terpilih menyertai perarakan kenderaan membawa pedati di Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Baginda bertitah, sudah menjadi tradisi sejak sekian lama di mana cuti umum turut diisytiharkan di negeri ini pada setiap kali sambutan perayaan Thaipusam.

“Melihat kepada statistik terkini di Selangor sejak dua bulan lalu dengan peningkatan ketara angka kes positif Covid-19 dan jumlah kematian meningkat, baginda dengan ini menasihati seluruh rakyat mematuhi garis panduan ditetapkan.

“Namun, baginda dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berharap agar perayaan Thaipusam kali ini tetap diraikan dalam suasana harmoni dan aman,” titah baginda dalam perutusan itu yang dimuat naik di laman Facebook Selangor Royal Office pada Rabu.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.