https://critoxium.com/shop/

Terkini

Syarikat insurans belum muktamad perlindungan bagi kesan sampingan vaksin Covid-19


PETALING JAYA: Syarikat insurans Malaysia belum membuat keputusan untuk memperluaskan perlindungan perubatan bagi rawatan komplikasi yang timbul daripada vaksinasi Covid-19.

Dalam kenyataan kepada FMT, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM ) menyebut kebanyakan polisi insurans perubatan dan kesihatan tidak meliputi wabak seperti Covid-19.

“Sama ada industri akan memperluaskan perlindungan ke atas komplikasi yang timbul daripada vaksinasi Covid-19, kami masih menunggu lebih banyak data dan informasi sebelum membuat kemas kini atau kenyataan berhubung perara ini,” katanya.

PIAM yang dianggotai 26 syarikat berkata, keputusan seperti itu hanya boleh dibuat oleh setiap syarikat berdasarkan permintaan atau tuntutan pengguna, strategi perniagaan, profil pendedahan risiko serta pertimbangan menaja jamin, yang tertakluk kepada setiap syarikat.

Awal minggu ini media Singapura melaporkan tujuh syarikat insuras utama negara itu memperluaskan perlindungan perubatan untuk turut meliputi kos penginapan di hospital bagi rawatan komplikasi akibat vaksinasi Covid 19.

Antara kesan sampingan biasa vaksid Covid 19 ialah kesakitan, tanda merah dan bengkak di tempat suntikan, demam, sakit kepala, sakit otot dan sendi, keletihan dan bengak kelenjar limfa.

Singapura memulakan program vaksinasinya Dis lepas.

Malaysia akan menerima bekalan pertama vaksin daripada Pfizer bulan depan. Lebih 80% penduduk di negara ini dijangka divaksinasi menjelang suku pertama tahun depan.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.