Harap panas sampai ke petang, tapi mendung berlalu tengah hari.
Hari ini cukup setahun, peranan UMNO memberikan sokongan kepada Mahyuddin Yasin bagi menubuhkan Kerajaan satelah Tun Dr Mahathir Mohamad meletakan jawatan secara mengejut atas alasan Kerajaan PH hilang majoriti bila mana beberapa Ahli Parlimen PPBM dan PKR keluar dari parti mereka.
2. Insiden itu telah membongkar akan kelemahan Perlembagaan PPBM atau Parti Persatu. Seorang Pengerusi didalam Parti itu tidak mempunya bidang kuasa apa-apa, kecuali Presiden. Maka mereka tidak perlu lagi hendak merujuk kepada Pengerusi Parti.
3. Campuran berbagai Parti bagi menubuhkan Kerajaan 'simple majoriti' tidak melalui Parlimen. Sebaliknya atas budibicara YD Agung mencukupi menggunakan surat akuan bersumpah bagi mempersetuju siapa yang hendak mereka beri sokongan dan penamaan seorang Perdana Menteri.
4.Maka keputusan atas bidang kuasa YD Agung bersetuju menamakan Mahyuddin Yasin sebagai Perdana Menteri ke 8, kesambungan kerajaan Baginda bagi menguruskan pentadbiran negara.
5. Dari segi UMNO, memberikan sokongan atas tidak faktor asas yang perlu di segerakan.
1. Menghalang Tun Dr Mahathir Mohamad di lantik semula menjadi Perdana Menteri, kerana ada pertanda bahaw Parti Bersatu berpecah dua dan kemungkinan PH akan bergabung semula.
2. Bersetuju bahawa Anwar Ibrahim tidak akan di calonkan sebagai Perdana Menteri.
3. Menolak DAP dalam Kerajaan. Kerana selama 22 bulan DAP dalam Kerajaan PH khas Menteri Kewangan bertindak saperti merugikan orang Melayu.
6. Maka terlantik Mahyuddin Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 8.
7. Bagi memperkukuhkan kedudukan Mahyudddin Yasin. Malaysia menjadi sebuah negara yang hanya penduduk dalam 35 juta, berbanding Indonesia yang punya 270 juta manusia punya Menteri dan Tim Menteri seramai 70 orang. Tiga kali lipat dari Kabinet Jakowi.
8. Itu kenangan dan sejarah setahun yang lalu.
9. Allah itu penyusun hidup kita. Sebaik sahaja Mahyuddin Yasin menjadi Perdana Menteri. Maka datanglah virus Covid19 yang mengancam bukan sahaja di Malaysia tetapi dunia.
10. Maka Mahyuddin Yasin terperangkap dengan situasai itu. Selama setahun ini juga beliau sebagai seorang pembasmi penyakit Covid19 dan bukan sebagai seorang Perdana Menteri. Hanya yang boleh dilakukan sekadar 3P-1. Perutusan. 2. Perasmian maya dan 3. Persidangan maya.
11. Dalam masa setahun juga krisis gabungan Kerajaan Campuran tidak dapat di kawal. UMNO dan PAS yang bergabung dalam Mesyuwarah Nasional mempunyai cara fikir bertembung. PAS di Perikatan Nasional dan UMNO bersendirian sikapnya.
12. Maka dalam setahun ini juga Kerajaan Mahyuddin menghadapi kekurangan majoriti. Berasal dari 113 kerusi, seorang MP UMNO meninggal dunia, tinggal 112 dan terus kekurangan bila tiga orang MP UMNO menarik sokongan kepada Mahyuddin Yasin. Maka Mahyuddin Yasin sekarang hanya Perdana Menteri dengan 109, majoriti 1 undi dari pihak pembangkang yang ada 108 kerusi.
I3 Ini cukup memberi makna sebaik sahaja Darurat di tamatkan. Maka akan berlaku jatuh Kerajaan Mahyuddin Yasin akan bubar, bilamana dalam masa terdekat selepas Darurat di tamatkan. UMNO/BN akan keluar dari Kerajaan Campuran.
Kesimpulan Kerajaan PN atau Kerajaan Mahyuddin Yasin hanya masih berbaki enam bulan lagi. Bersabarlah rakyat Malaysia. Jangan jadikan mendung berlalu. menjadi hujan dan ribut. Masanya akan tiba untuk kita melihat Mahyuddin Yasin akan tersingkir dari jawatannya dengan izin Allah.
Sang Kelembai
Febuari 23, 2021
Kuala Lumpur.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.