Saya tiada kuasa buat keputusan bagi pihak kerajaan, kata Zahid
WALAUPUN tidak memegang jawatan dalam kerajaan, bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan akan terus mendengar dan mengetengahkan masalah yang dihadpi oleh rakyat Malaysia.
Ahmad Zahid menerusi Facebook hari ini turut menggesa agar rakyat Malaysia memahami kesukaran yang dihadapinya.
“Saya berharap saudara saudari memahami saya tiada dalam sebarang kedudukan untuk membuat keputusan bagi pihak kerajaan.
“Saya adalah presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional (BN) yang tidak memegang tampuk pentadbiran negara,” katanya di Facebook hari ini.
Menurutnya, apa yang boleh dilakukan kini untuk rakyat adalah mendengar keluhan mereka dan cuba mengetengahkannya.
Ahli Parlimen Bagan Dato itu berkata beliau boleh bersuara menerusi ssidang Parlimen namun ia digantung susulan perisytiharan darurat.
“Saya beri jaminan akan mengetengahkannya sebanyak yang boleh. Media sosial platform kita berinteraksi dan bersuara.
“Saya alu-alukan setiap pandangan, cetusan idea, keluhan mahupun aduan untuk kita lontarkan bersama-sama di sini,” katanya.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.