Terkini

Cepatkan program vaksinasi Covid-19 – Kit Siang


Pasukan Tindakan Imunisasi Covid-19 Malaysia (CITF) perlu bersidang dan mempertimbangkan cara mempercepat pelaksanaan program vaksinasi kebangsaan.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berpendapat bahawa hal ini penting bagi supaya negara kita dapat mula pulih sepenuhnya dalam tahun 2021.

“Cadangan daripada Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Dr Kuljit Singh, supaya diwujudkan satu program vaksinasi yang berjalan selari dan serentak dengan program vaksinasi kerajaan patut diberikan pertimbangan,” kata Veteran DAP tersebut dalam satu kenyataannya hari ini.

Kit Siang menyeru kerajaan Malaysia agar turut sama mempercepatkan pelaksanaan vaksinasi Covid-19 selepas Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, mengumumkan pemecutan pelaksanaan program vaksinasi Covid-19 di Amerika Syarikat, menjanjikan bekalan vaksin yang mencukupi untuk “semua orang dewasa di Amerika menjelang penghujung bulan Mei”, berbanding dengan sasaran menjelang bulan Julai sebelum ini.

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.