https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kumpulan masyarakat persoal tindakan PM benarkan Edmund ke luar negara


Oleh Alfian Z.M. Tahir

KUMPULAN masyarakat sivil hari ini mempersoalkan adakah ada undang-undang khas atau prosedur operasi standard (SOP) yang membenarkan perdana menteri meluluskan perjalanan ke luar negeri untuk seorang timbalan menteri ketika negara sedang berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mereka mahu Putrajaya membersihkan isu Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Dr Edmund Santara Kumar yang diberi kebenaran oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mengunjungi keluarganya di New Zealand.

Ketua Pergerakan Pemuda Muslim Malaysia (Abim) Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata insiden ini pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia yang memerlukan kebenaran polis untuk merentas sempadan negara.

“Ini adalah gambaran bagaimana kerajaan masih gagal memberikan SOP yang jelas dan adil kepada semua rakyat tidak kira siapa mereka.

“Ketika rakyat tidak dibenarkan merentas sempadan negeri dan daerah, undang-undang apa yang digunakan PM untuk mengecualikan anggota Kabinet dari SOP yang ada dan meninggalkan negara ini,” katanya.

Edmund semalam berkata bahawa dia diberi cuti 55 hari termasuk cuti tanpa gaji untuk mengunjungi keluarganya di New Zealand.

Cuti itu diberikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa pada 3 Disember dan dipersetujui oleh Muhyiddin pada 18 Disember.

Bekas perdana menteri Najib Razak juga mempersoalkan ketidakhadiran ahli Parlimen Segamat dengan mengatakan bahawa ia akan mengundang kemarahan orang ramai jika tidak dijelaskan.

Faisal berkata jika ada peruntukan seperti itu yang membolehkan anggota Kabinet meninggalkan negara ini ketika PKP dikuatkuasaan, itu bertentangan dengan Artikel 8 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan “Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.”

“Kerajaan perlu menjelaskan alasan di sebalik kebenaran sekiranya kerajaan bersikap telus dan serius memerangi wabak itu.

“Sehingga masalah ini diselesaikan, kami mahu Putrajaya berhenti mengenakan kompaun RM10,000 untuk pesalah Covid-19. Selesaikan isu pilih kasih ini terlebih dahilu sebelum hal ini,” katanya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.