https://critoxium.com/shop/

Terkini

Perlu berani adakan sidang Parlimen


Sidang Parlimen perlu diadakan walaupun dalam tempoh darurat, kata pakar perlembagaan, Dr Muhammad Fathi Yusof.

Beliau berkata, kerajaan perlu berani dan Perdana Menteri serta Kabinet harus bersedia berhadapan dengan pelbagai situasi dan kemungkinan jika diadakan sidang Parlimen.

“Sokongan telah dinyatakan oleh ahli Parlimen UMNO kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen dibubarkan.

“Walaupun dalam konteks pergolakan politik mungkin berlaku apabila persidangan dilaksanakan tetapi saya percaya dalam hal ini keutamaannya ialah memberi ruang proses demokrasi. Itu yang utama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis pada Wacana Sinar Harian Siri ke-235 bertajuk ‘Sidang Parlimen Ke- tika Darurat: Demi Politik Atau Rakyat’ yang disiarkan menerusi platform digital Sinar Harian pada Selasa.

Wacana berkenaan turut menampilkan dua lagi panelis iaitu Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar dan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Muhammad Fathi berkata, sekiranya berlaku apa-apa perkara, beliau percaya Yang di- Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempunyai kebijaksanaan untuk mengambil langkah bagi mencari jalan penyelesaian. “Jika Parlimen terpaksa dibubarkan atau Perdana Menteri hilang kepercayaan, ada solusi yang saya percaya boleh ditentukan oleh Seri Paduka Baginda untuk mencari penyelesaian,” katanya.

Sementara itu, Noh berkata, UMNO akan memberi sokongan kepada kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan. Menurutnya, pendirian berkenaan telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO.

“Bagi kita, kerajaan PN yang ditubuhkan berdasarkan sokongan ahli Parlimen pada masa itu. Kami nak menyelamatkan rumah baharu.

“(Selain itu) kita akan memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN). Ini prinsip kita,” katanya ketika ditanya apa pendirian UMNO dalam PN sebelum Parlimen bersidang.

Dalam pada itu, Noh turut menggesa agar Parlimen dibenarkan bersidang kerana pelbagai perkara boleh dibaiki, dibahas dan diberi pandangan.

“Ordinan (darurat) sebagai contoh. Kalau tengok ordinan yang dibentangkan kalau bawa dalam Parlimen saya ingat banyak yang boleh dibaiki. Kita kena berikan pandangan.

“Bagi saya, sebagai ahli Parlimen bukan sahaja pandangan untuk membahaskan ordinan ataupun bil tetapi lebih penting ialah bagaimana kita nak menyuarakan masalah rakyat,” jelasnya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.