https://critoxium.com/shop/

Terkini

Bila Pemberian Bermotif ?


Oleh Mohd Sayuti Omar

Pemberian sedekah atau derma tidak mudah diterima begitu sahaja sebagai satu kebajikan dan pertolongan sesama manusia. Ia mungkin jadi masalah apabila pemberian bermotif sesuatu kerana ia akan diprejudiskan oleh pihak lain. 
 
Apa berlaku ke atas Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim yang memberi motosikal kepada seorang penghantar makanan (Anas Hazmi Ahmad) telah disalah anggap menuduh pemberian itu mempunyai motif memperdaya. Ia jadi isu.
 
Seorang ahli akademik meragui motif pemberian itu kerana Steven Sim menghebahkan pemberian itu. 
 
Ia berakhir dengan Steven Sim mengambil tindakan undang-undang terhadap akhli akademik berkenaan kerana memfitnahnya ekoran pemberian itu.
 
Apa yang boleh dipelajari dari keadaan ini, pertama jangan mudah bersangka buruk niat seseorang tanpa diselidiki. Kedua, kalau hendak melakukan kebajikan jangan heboh sehingga orang dapat mencium dan prejudis terhadap maksud kita sebenarnya. 
 
Sebab itu mengikut prinsip Islam kalau hendak berbuat baik tidak perlu dihebohkan melampau, lagipun perbuatan baik itu dihitung Tuhan bukan oleh manusia.
 
Kepada pengkritik yang cemburu dengan kebajikan Steven Sim itu sepatut bukan menyerangnya, tetapi berlawan secara sihat. 
 
Kalau Steven Sim bagi motorsikal berharga RM4,000 untuk kemudahan Anas cari makan, nak gandakan bantuan itu dengan beri kereta Kancil kepada Anas agar peluang dan kemudahan kepadanya bertambah. Lebih baik lagi bagi food truck. 
 
Itu cara terbaik yang patut dilakukan kalau kita semua ikhlas. Trims.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.