https://critoxium.com/shop/

Terkini

Timbalan KM Sarawak akui tidak pakai pelitup muka di tempat awam


Oleh Desmond Davidson

TIMBALAN Ketua Menteri Sarawak Awang Tengah Ali Hassan mengakui tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat umum dan mengatakan akan membayar kompaun.

Beliau mengesahkan video dirinya tanpa memakai pelitup muka ketika mengadakan lawatan di gerai makanan pada satu majlis di pekan Matu di tengah Sarawak, yang tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu. 

Awang Tengah berkata beliau melakukan kesilapan. 

“Saya tidak sedar yang saya tidak memakai pelitup muka,” katanya kepada kakitangan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC) pada perhimpunan khas pagi ini. 

STIDC merupakan agensi di bawah Kementerian Sumber Asli. 

“Saya dijemput untuk melawat gerai. Saya juga sudah terlambat (untuk beredar).”

Awang Tengah berkata memandangkan gerai berkenaan - yang biasanya beroperasi pada hujun minggu - dibuka khasnya untuknya, beliau akur.

Menururutnya beliau menanggalkan pelitup muka ketika di gerai yang mana beliau membeli makanan ringan hasil tempatan, minum dan makan kek. 

Ketika beliau minum pembantunya mengingatkannya bahawa beliau perlu ikut jadual dan beredar dari situ dan kemudian menunggu helikopter. 

“Saya lupa untuk memakai semula pelitup muka,” katanya. 

Ketika berjalan ke helikopter, beliau turut dilihat memberikan RM50 kepada setiap pengendali gerai. 

Beliau menjelaskan wang berkenaan untuk bayaran pembelian yang akan diambil oleh pembantunya kemudian. 

“Saya berikan wang kepada peniaga untuk membungkus barangan dan pembantu saya akan mengambilnya kemudian.”

Beliau dihubungi polis semalam untuk memaklumkan bahawa beliau dikompaun kerana melanggar SOP Covid-19. 

“Saya akui kesilapan saya. Saya akan bayar kompaun.”

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.