https://critoxium.com/shop/

Terkini

Jangan jual Lapangan Terbang Subang

 


KENYATAAN media oleh Pengerusi Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) supaya kerajaan mengkaji semula cadangan tentang pengambilalihan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang oleh pihak swasta amatlah menggusarkan sekali.

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda)Muda sekeras-kerasnya menentang penjualan aset rakyat ini kepada individu tertentu. Apakah keperluan mendesak yang menjurus kepada penjualan aset ini? 

Kita harus ingat,  majoriti syarikat MAHB ini milik rakyat. Hampir 60% saham MAHB dimiliki oleh KWSP, PNB, Tabung Haji dan yang lain. Kenapa syarikat milik rakyat Malaysia yang untung berbilion hendak dijual  kepada individu swasta?

Yang lebih menghairankan, MAHB mempunyai kepakaran mengendali lapangan terbang di negara dan di luar negara, manakala syarikat yang dikatakan mahu mengambil alih Subang hanyalah kontraktor sahaja. 

Kerajaan harus jujur dan memberitahu rakyat alasan kepada penjualan yang tidak masuk akal dan merugikan negara dan rakyat ini.

Biarlah rancangan MAHB untuk membangunkan LTASSS Subang untuk menjadi “aerospace and aviation hub” di rantau Asia Pasifik  dilakukan dahulu. Kenapa tergesa-gesa mahu dijual? 

Apakah tidak ada jalan penyelesaian yang lain?

Tapak LTASSS Subang ini adalah strategik sekali, dan turut digunakan oleh anggota pertahanan kita sebagai tapak utama di tengah ibu kota. Bagaimana jika aset strategik ini ditutup dan hanya dijual untuk wang ringgit saja? Adakah keselamatan negara terjamin?

Kerajaan harus berterus terang, bagaimana seorang hartawan boleh mendapat laluan mudah untuk pemilikan aset strategik milik rakyat ini? Sudah terasa kejanggalan dan ada seperti yang tidak kena. Jangan disebabkan ada hubungan dengan ahli politik, urusan ini diluluskan secara terus.

Muda mendesak supaya kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin membatalkan rompakan aset rakyat ini, dan sekiranya bertegas, buka sahaja Parlimen supaya ia dapat dibahaskan.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.