https://critoxium.com/shop/

Terkini

Jawatankuasa tamat darurat bincang isu vaksinasi Covid-19 pagi ini

 


Satu sidang media akan diadakan oleh Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat, pada jam 11 pagi nanti bersama sekumpulan pakar kesihatan dan undang-undang.

Menerusi poster yang disebarkan, sidang media berkenaan akan dipengerusikan oleh Khalid Samad, dan akan disertai empat lagi panelis lain membincangkan isu ‘Pandemik dan Vaksinasi, Perlukah Darurat?’

Antara panelis jemputan yang akan mengambil bahagian ialah bekas Menteri Kesihatan yang juga Pengerusi Taskforce Covid-19 Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Ahli Parlimen Kuala Selangor berkenaan juga merupakan Pengarah Strategi AMANAH.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud.

Mewakili Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Dr Mathen Nair manakala Kelvin Yii Lee Wuen dari DAP.

Untuk rekod, jawatankuasa berkenaan juga sebelum ini telah mengadakan satu sidang media bersama kumpulan pakar ekonomi seperti Prof Dr Jomo K Sundram dan Dr Nungsari Mohd Radhi bulan lalu.

Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenan menerima majlis menghadap jawatankuasa tamat darurat yang difahamkan akan turut disertai kesemua pemimpin utama parti pembangkang.

Maklum balas dari pihak istana diterima selepas jawatankuasa berkenaan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad memohon kali kedua untuk menghadap Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bagaimanapun, masih belum ada tarikh yang ditetapkan dari pihak istana untuk majlis menghadap itu.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.