https://critoxium.com/shop/

Terkini

Umno lantik Mat Hasan ganti Tajuddin galas tugas pengarah pilihan raya


 Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan dilantik sebagai pengarah pilihan raya parti itu, berkuatkuasa serta-merta menggantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelantikan Mohamad Hasan yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Rembau itu merupakan penstrukturan semula jabatan pilihan raya Umno itu bagi memperkukuhkan organisasi di setiap peringkat parti dan akar umbi.

“Dengan kedudukan Mohamad Hasan sebagai timbalan pengerusi Barisan Nasional (BN), ia akan memudahkan proses membuat keputusan dalam soal persiapan pilihan raya yang melibatkan semua parti-parti komponen BN.

“Umno ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Tajuddin Abdul Rahman yang sebelum ini menggalas amanah sebagai pengarah pilihan raya Umno,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas audio dipercayai suara Tajuddin dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mengkritik tindakan Zahid untuk menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional.

“Jika kita keluar sekarang, anda fikir kerajaan akan jatuh? Mereka mungkin akan bersama DAP, untuk dapatkan persefahaman. DAP akan sokong, ia mungkin tak perlu masuk kerajaan, mereka hanya perlu berikan undi sahaja.

“Apa yang akan terjadi kepada Umno?” katanya.

Bekas pengerusi Prasarana itu antara barisan pimpinan yang lantang menentang Zahid, selain pemimpin Umno Kelantan Alwi Che Ahmad, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Reezal Merican Naina Merican, Noh Omar dan Bung Moktar Radin.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.